Kira-kira 20 orang Penan mengadakan protes di Bukit Aman untuk menyerahkan memorandum bantahan keganasan polis kepada KPN.
Masyarakat Penan datang ke Kuala Lumpur untuk membantah tindakan keras polis mematahkan hadangan yang dinaikkan di Murum sebagai bantahan menghalang kerajaan negeri Sarawak untuk membina empangan di tanah adat mereka.
Mereka mendakwa polis bertindak ganas dengan menggunakan polis anti rusuhan (FRU) untuk menggempur bantahan dan menangkap penduduk.
“Mengapa semua ini berlaku seperti ini? Rundingan antara masyarakat Penan dan kerajaan negeri masih berlangsung,” kata penasihat undang-undang kumpulan itu, Abun Sui pagi ini.
Setakat ini, sekurang-kurangnya 10 orang Penan termasuk kanak-kanak ditahan.
Hari ini sekumpulan 13 orang Penan ditemani aktivis berhimpun di luar Bukit Aman untuk menghantar memorandum kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai bantahan terhadap keganasan polis.
Mereka mendakwa polis bertindak ganas dengan menggunakan polis anti rusuhan (FRU) untuk menggempur bantahan dan menangkap penduduk.
“Mengapa semua ini berlaku seperti ini? Rundingan antara masyarakat Penan dan kerajaan negeri masih berlangsung,” kata penasihat undang-undang kumpulan itu, Abun Sui pagi ini.
Setakat ini, sekurang-kurangnya 10 orang Penan termasuk kanak-kanak ditahan.
Hari ini sekumpulan 13 orang Penan ditemani aktivis berhimpun di luar Bukit Aman untuk menghantar memorandum kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai bantahan terhadap keganasan polis.
Protes pencabulan hak asasi Orang Asal Sarawak
Kumpulan Bertindak Menentang Pembinaan Empangan, 06 Nov 2013
Masyarakat Sivil Malaysia memprotes pencabulan Hak Asasi Bumiputera Sarawak (Orang Asal) dalam pembinaan empangan janakuasa hidroelektrik di Bakun, Murum dan Baram, Sarawak.
Kerajaan Negeri Sarawak dibawah pemerintahan Ketua Menteri Taib Mahmud telah mencabuli Hak Bumiputera Sarawak secara konsisten dan berterusan melalui rampasan tanah milik bumiputera Sarawak untuk pembalakan haram pembinaan tiga empangan mega di Batang Ai, Bakun dan Murum serta pembinaan terancang sembilan lagi empangan di Baram dan daerah-daerah lain yang menyebabkan air sungai yang melimpah pemindahan monokultur minyak kelapa sawit secara berleluasa ke kawasan milik Bumiputera Orang Asal Sarawak penghasilan sisa toksik, pencemaran dan penggunaan tenaga yang banyak oleh industri-industri peleburan di kawasan industri (SCORE) di sepanjang pesisir pantai Sarawak.
Pemusnahan alam sekitar secara terancang dan dahsyat ini telah membawa kesan yang tidak dapat dibaikpulih kepada komuniti bumiputera Orang Asal. Mereka telah melindungi hutan sejak zaman-berzaman sebagai sumber makanan, kawasan ladang kecil-kecilan, tempat penempatan (rumah panjang), tempat penyembahan dan tanah pengebumian mereka. Kehidupan mereka dan adat resam mereka bergantung kepada tanah-tanah mereka serta hutan-hutan yang tidak diteroka. Tanah adalah jiwa Orang Asal.
Pengusiran Orang Asal daripada tanah-tanah mereka telah terbukti sebagai satu pemusnahan budaya. Penempatan semula secara paksa Orang Asal ke Sungai Asap untuk membuka jalan kepada pembinaan Empangan Bakun telah menyebabkan kemiskinan dan kesusahan dalam komuniti Orang Asal tersebut. Penempatan baru yang disediakan kerajaan adalah sebahagian daripada kawasan ladang kelapa sawit dan tidak sesuai untuk penanaman padi bukit dan pelbagai tanaman lain. Penempatan tersebut juga terletak jauh daripada kawasan hutan yang pernah didiami mereka. Sekolah-sekolah dan klinik-klinik yang dipohon oleh komuniti Orang Asal kepada pihak kerajaan tidak mencukupi. Di samping itu, kemudahan-kemudahan yang disediakan dibina secara tidak teliti dan sambil lewa serta kebanyakannya tidak berada dalam keadaan bersih dan selamat. Penempatan semula secara paksa ini boleh disamakan dengan penempatan “Kampung Baru” ketika Perintah Darurat pada tahun 1948 hingga 1960 di Persekutuan Tanah Melayu. Tambahan pula, keadaan hidup Orang Asal ini meyerupai keadaan di kem perlindungan orang pelarian.
Perlindungan Tanah Bumiputera Orang Asal (Blockade) di Murum, Sarawak
Sejak 23 September 2013, komuniti-komuniti Penan di Murum telah memulakan perlindungan/kepungan (Blockade) yang ketiga kali sebagai tindakbalas terhadap kegagalan Kerajaan Negeri Sarawak dan badan-badan berkaitan dengannya memberikan pampasan dan gantirugi yang adil. Seluruh komuniti Penan termasuk wanita dan kanak-kanak telah berkumpul dan bertahan di bawah terik matahari dan hujan lebat semenjak enam minggu lepas bagi menyuarakan protes mereka.
Perlindungan Tanah Bumiputera Orang Asal (Blockade) di Baram, Sarawak
Komuniti Orang Ulu di Baram juga telah memulakan perlindungan/kepungan (Blockade) mereka semenjak 23 Oktober 2013 bagi menghalang kerja-kerja pembinaan Empangan Baram daripada terus dijalankan. Mereka, secara aman, telah meminta para pekerja di Empangan Baram untuk meninggalkan kawasan tersebut. Para pekerja empangan telah memenuhi permintaan mereka dan meninggalkan lokasi pembinaan secara aman. Kerja-kerja pembinaan Empangan Baram yang dilakukan telah dihentikan.
Desakan Masyarakat Sivil Malaysia
Gerakan hak asasi Orang Asal di Malaysia secara umumnya, dan gerakan hak asasi Orang Asal di Murum dan Baram secara spesifiknya, adalah tidak terpisah dengan gerakan Masyarakat Sivil Malaysia dalam menentang sebarang ketidakadilan dan penindasan yang melibatkan masyarakat Malaysia secara seluruhnya. Kami memprotes dengan keras penindasan yang dilakukan ke atas kami seperti ini. Desakan-desakan Orang Asal di Murum dan Baram juga adalah desakan-desakan kami.
Masyarakat Sivil Malaysia mendesak Kerajaan Negeri Sarawak, badan-badan, kontraktor-kontraktor dan agen-agen berkaitan dengannya:
1. Serta-merta menghentikan proses penakungan air di Empangan Murum dan menghentikan pembakaran rumah-rumah panjang milik komuniti Penan di Murum. Seterusnya, mereka perlu mengadakan rundingan secara adil dan terbuka dengan komuniti Penan tanpa ada unsur-unsur ugutan, paksaan, korupsi dan salahguna kuasa atau percubaan untuk membahagi dan memisahkan komuniti tersebut kepada kelompok-kelompok kecil.
2. Serta merta menghentikan segala kerja berkenaan kaji selidik dan pembinaan Empangan Baram. Seterusnya, mereka perlu mengadakan rundingan secara adil dan terbuka dengan komuniti Penan tanpa ada unsur-unsur ugutan, paksaan, korupsi dan salahguna kuasa atau percubaan untuk membahagi dan memisahkan komuniti tersebut kepada kelompok-kelompok kecil.
Masyarakat Sivil Malaysia juga mendesak Polis Diraja Malaysia:
3. Perlu segera menghentikan sekatan-sekatan jalan raya yang dijalankan oleh anggota Polis bagi membolehkan bekalan makanan dan minuman, bantuan perubatan, sukarelawan, para wartawan dan pekerja-pekerja media alternatif dapat keluar masuk ke Murum tanpa sebarang gangguan. Polis Diraja Malaysia juga perlu memberikan khidmat yang paling profesional dalam melindungi Orang Asal di Murum dan Baram yang cuma mempertahankan Hak Asasi mereka yang dikurniakan dan dilindungi di bawah Perlembagaan Malaysia, untuk hidup dengan aman di Malaysia.
___________________________________________________
Kenyataan ini dikeluarkan oleh Badan ‘Damn the Dams Action Group’ (Kumpulan Bertindak Menentang Pembinaan Empangan) dan dipersetujui oleh organisasi-organisasi Masyarakat Sivil Malaysia berikut:
List of individuals and organizations endorsing the Statement
Masyarakat Sivil Malaysia Menyokong Perlindungan Hak Asasi Bumiputera (Orang Asal) Sarawak daripada Pembinaan Empangan Hidroelektrik di Murum dan Baram, Sarawak.
Dikeluarkan pada 6hb November 2013 di Kuala Lumpur, Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan