03 November 2013

HOT! KEDAH & PERLIS KINI MENJADI PENGEKSPOT KETUM TERKENAL


UPP Padang Besar Rampas 319 Kg Daun Ketum




* Pokok ketum yang ditanam secara meluas di Kedah & Perlis
* Pokok Ubat kini disalah guna sebagai ayak gian kini apabila daun ketum      direbus dicampurkan  dengan ubat batuk, ubat nyamuk dan cola.
* Ketagihan ayak ketum kini kritikal kepada belia-belia juga menjadi punca    pertambahan kes jenayah.


ALOR SETAR: Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Padang Besar merampas 319 kilogram daun ketum yang cuba diseludup ke Thailand selepas menahan dua buah kereta dalam kejadian berasingan di Padang Besar, Perlis.


Komander UPP Padang Besar ASP Bahari Ahmad berkata daun ketum itu ditemui di dalam sebuah kereta Mitsubishi Isuzu dengan nombor pendaftaran Thailand yang ditahan pada pukul 12.15 tengah malam di Simpang Jalan Kampung Sena, Mukim Titi Tinggi.

"Selepas melakukan pemeriksaan, kami menjumpai empat bungkus plastik hitam berisi daun ketum seberat 45 kilogram bernilai RM3,600 di tempat duduk penumpang belakang," katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.
Selain itu, katanya, UPP turut menjumpai kad pengenalan Thailand di dalam kenderaan terbabit.

Dalam kes kedua pula, 24 bungkus plastik hitam berisi daun ketum ditemui di bahagian depan dan belakang tempat duduk penumpang sebuah Proton Pesona yang ditahan di Jalan Menerong, Mukim Titi Tinggi pada pukul 2 pagi Jumaat.

"Selain itu kami juga menjumpai beberapa bungkusan di dalam bonet kereta terbabit. Kesemua bungkusan yang ditemui seberat 274 kilogram yang harga pasarannya di Thailand dianggarkan berjumlah RM21,920," kata Bahari.

Beliau berkata kedua-dua pemandu kereta berkenaan melarikan diri ke dalam kawasan semak berdekatan.

Katanya kes dirujuk ke Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Daerah Polis Padang Besar untuk tindakan lanjut. -BERNAMA



Tokan Johor 'import' ketum dari Kedah tumpas.

NUSAJAYA - Taktik sindiket pengedaran daun ketum menggunakan khidmat kurier untuk membawa bekalan bahan larangan dari Kedah ke negeri ini, tidak berhasil apabila berjaya dikesan polis.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superitendan Noor Hashim Mohamad berkata, dalam serbuan sekitar jam 2.50 petang pada Rabu lalu, pihaknya turut menahan dua lelaki berumur 30-an dan 44 tahun.

Menurutnya, Kedua-dua suspek ditahan di hadapan sebuah premis perniagaan di Taman Nusantara, Gelang Patah, di sini, ketika sedang membawa sebuah kotak untuk diletakkan di dalam
but sebuah kereta.

"Hasil Pemeriksaan di dalam kotak yang dibawa suspek menjumpai beberapa ikatan daun ketum dengan jumlah berat 10 kilogram (kg).

"Berdasarkan hasil soal siasat turut mendedahkan kedua-dua lelaki itu mendapatkan bekalan daripada rakan mereka di Kedah dan dihantar menggunakan satu pesanan pos berdaftar dan dialamatkan ke sebuah premis perniagaan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya, di sini, semalam.

Noor Hashim berkata, pasaran daun ketum di Johor hampir tiada dan merupakan kes terpencil, namun kegiatan pengedarannya dipantau dari masa ke semasa.

“Harga pasaran daun ketum dijual dengan harga RM25 bagi 1kg, manakala harga air ketum proses turut dijual sebanyak RM2 hingga RM3 bagi 500 mililiter. Setiap sekilogram daun ketum mampu
menghasilkan sehingga 50 hingga 60 liter air ketum.

“Campuran air ketum turut menggunakan beberapa bahan lain seperti ubat nyamuk, minuman bergas, minuman isotonik dan ubat batuk. Kegunaannya adalah bertujuan untuk menambahkan
tenaga selain mengkhayalkan pengambilnya,” katanya.

Katanya, suspek berusia 30-an itu bekerja sebagai juruwang, manakala seorang lagi berumur 44 tahun berasal dari Kedah dan bekerja sebagai penyelia di sebuah syarikat swasta di Singapura.

“Mereka direman selama empat hari bermula kelmarin. Kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952,” katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...