05 November 2013

HANGAT ! KEDAH ADA 4 EMPANGAN SIAP NAK JUAL AIR MENTAH...TAPI RAKYAT TAK DAPAT AYAK..KENA MANDI AYAK SUNGAI




Akhir tahun hijrah 1434 dan awal muharram (serta Depavali) disambut dgn ketiadaan air di beberapa tempat di Kedah.

SADA diamanahkan serta dipertanggung-jawabkan utk bekalan air di seluruh kedah.

Justeru, Kedah dgn 4 empangan, tak dan masih ada masalah air? Atau masalah pimpinan SADA ?

BN sibuk nak ugut Selangor utk bina empangan agar tiada masalah air, sebaliknya Kedah yg ada 4 empangan, tapi Rakyat tak dapat AIR?




 Kebanyakan penduduk di beberapa kawasan sekitar Alor Setar, di sini, menjadi resah berikutan didakwa terpaksa berdepan masalah gangguan bekalan air. Difahamkan, masalah itu mula berlaku sejak dua hari lalu sehingga menyulitkan aktiviti seharian mereka.

Seorang penduduk, Siti Haidah Mohammad, 42,dari Kampung Kuala Kangkong Kiri, Simpang Empat, di sini, mendakwa mereka mengalami kesukaran berikutan masalah ketiadaan bekalan air yang berlaku secara tiba-tiba.

“Kebanyakan penduduk mendakwa sukar menguruskan aktiviti seharian berikutan bekalan air tidak mencukupi. “Masalah bekalan air dipercayai turut dialami di Telok Kechai. Sekiranya, kami mengetahui masalah bekalan air akan berlaku, pastinya kebanyakan penduduk sudah menadah air untuk kegunaan harian masing-masing,” katanya.

Malah, katanya, hanya paip yang berkedudukan paras rendah yang mengeluarkan air, sementara paip tinggi langsung tidak mengeluarkan setitik air. Sementara itu, di Taman Abadi, Jalan Kuala Kedah, di sini, segelintir penghuni turut melahirkan kebimbangan mengenai masalah bekalan air yang berlaku di kawasan berkenaan.

Bagi Yusniza Hamid, 36, berkata, hanya beberapa penduduk termasuk mereka sekeluarga merasai kesulitan berbanding penduduk lain berikutan tidak memiliki pam.

“Kami sekeluarga tidak dapat membersihkan diri sebaik mungkin kerana air terlalu sedikit. Bagaimanapun, mana-mana keluarga yang mempunyai pam boleh menarik nafas lega ekoran tidak perlu berhadapan kesulitan ini,” katanya.

Katanya, suaminya Mohd Azhar Hamid, 37, terpaksa mengangkut air dari sungai berhampiran untuk mandi, manakala menadah air bersih dari kediaman ibu mertuanya menggunakan baldi dan tong untuk minum buat sementara waktu ini.

"Saya kecewa kerana lori bekalan air yang dijanjikan tidak sampai sehingga menyebabkan kami terpaksa cari alternatif lain," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sada, Datuk Adzmi Din, berkata, pihaknya telah mengenalpasti beberapa kawasan yang terjejas dan mengalami gangguan bekalan air berikutan berlakunya paip pecah.

Katanya, antara kawasan mengalami gangguan termasuk sepanjang Jalan Alor Mengkudu ke Kuala Kedah, sepanjang Jalan Simpang Kuala ke Tandop, sepanjang Jalan Batas Paip dan sepanjang Jalan Datuk Kumbar (tekanan rendah).

Bagaimanapun, katanya, pihaknya akan menjalankan kerja-kerja pembaikan paip di Persimpangan Tol Utara (PLUS) Jalan Langgar, bagi mengelakkan kebocoran lebih besar berlaku.

Namun, lanjutan gangguan berlaku berikutan pihaknya mengalami kesulitan disebabkan struktur tanah lembut sehingga menyukarkan tapak dibaiki, manakala kerja mengorek dikhuatiri menyebabkan ‘chamber’ runtuh dan membahayakan pekerja.

Adzmi berkata, pihaknya telah menyediakan lori bantuan air terhadap kawasan yang mengalami gangguan berkenaan dari semasa ke semasa, maka penduduk diminta menyediakan bekas takungan air demi kerja pengagihan.

Dalam pada itu, katanya, pihak Sada juga memohon maaf kepada orang ramai di atas kesulitan dialami mereka, manakala sesiapa yang ingin mengemukakan aduan boleh melakukannya melalui talian hotline Pusat Informasi Sada di 1-300-88-0017.


NIE ...SIAP DEPA JEMPUT EXCO PELANCUNGAN VERAK SAMA....


Pautan kekal imej terbenam

TARA NIE JE HANGPA....INGAT BEKALAN AIR MAK BAPAK HANGPA PUNYA

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Betul ke tak nampak dalam berita TV pung.Jangan pandai-pandai buat fitnah nanti MB marah.Mengkalu Zaman PR dulu diulang tayang sampai lunyai,begitu juga dengan isu pembalakan 5 bulan BN perentah dah cerah hutan,kata dah bekukan lesen pembalakan.

Tanpa Nama berkata...

BN menang, Kedah senang. Wakakaka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...