01 Oktober 2013

Terkini! Operasi kerajaan Amerika Syarikat ditutup


Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama

WASHINGTON DC - Operasi kerajaan Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Barack Obama terpaksa dihentikan secara rasmi selepas Kongres menolak rancangan pelan kesihatan yang dibawa pemimpin utama negara itu.

Ia pertama kali berlaku dalam tempoh 17 tahun.

Dewan Senat yang diketuai Demokrat enggan menyokong cadangan Dewan Rendah yang diketuai Republikan dengan undian 54 menolak, 46 menyokong.

Dewan Rendah pada minggu lalu menyertakan pindaan bersama bajet yang diluluskan Senat, meminta agar perlaksanaan pelan kesihatan Obama ditunda untuk tempoh setahun.

Perkembangan yang berlaku menyebabkan kakitangan kerajaan Persekutuan terpaksa menghentikan kerja mereka kecuali untuk beberapa sektor kritikal.

Perkhidmatan seperti kawalan sempadan, pemeriksaan daging dan trafik udara akan kekal beroperasi namun, pengeluaran pasport akan tergendala.

Dalam meraih sokongan pentadbiran, Barack Obama sebelum ini berusaha untuk memujuk rakyat berpendapatan rendah dan sederhana membeli skim insurans kesihatan baru yang disubsidi kerajaan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...