04 Oktober 2013

HOT! MALAYSIA ANTARA PALING KORUP DIDUNIA....





Malaysia Antara Negara Terbersih Rasuah (Menteri) VS Malaysia Antara Paling Korup di Dunia (Firma Ernst & Young)


Berangan tiada salahnya. Tetapi biarlah berpada. Berpijaklah di Bumi yang nyata setiapkali mengeluarkan kenyataan di mana rakyat Malaysia sudah keluar lama daripada “gua” mencari maklumat dan kebenaran.

Termasuklah kenyataan terbaru daripada seorang yang bergelar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Berita Semasa tidak pasti bila, dan di mana kajian yang telah beliau lakukan sehingga keluarnya kenyataan seperti di bawah ini…..
Rasuah di Malaysia : Malaysia Antara Negara Terbersih Rasuah?


KUALA LUMPUR – Malaysia antara negara terbersih daripada perbuatan rasuah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Shahidan menafikan dakwaan Malaysia sebuah negara yang kerap mengamalkan rasuah dan menegaskan dakwaan tersebut tidak wajar dikeluarkan kerana akan memberi kesan kepada pihak lain.

Beliau berkata, Malaysia juga mempunyai sebuah agensi memerangi rasuah yang terbaik di dunia iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Malaysia adalah kerajaan yang paling telus, adil dan bijaksana,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kajian dibuat Ernst & Young yang menyenaraikan Malaysia sebagai salah sebuah negara yang kerap mengamalkan rasuah.


Baca yang ini  :

Laporan Asal BS : Malaysia Negara Paling Rasuah di Dunia (Bisnes) : Indonesia, US, China, Singapura Pun Kalah!




Sedangkan firma audit antarabangsa Ernst & Young telah senaraikan Malaysia sebagai antara negara yang kerap mengamalkan rasuah dan acapkali mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah ekonomi yang dialami Malaysia sekarang ini.

Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) kerajaan gagal dalam peranannya mentransformasikan bidang ekonomi.
Malaysia dan China berada pada paras teratas dalam skala rasuah menurut penemuan terbaru Laporan Kajian Penipuan Asia Pasifik 2013.
Kajian itu dijalankan kepada 681 eksekutif di China, Singapura, Australia, New Zealand, Indonesia, Vietnam, Malaysia dan Korea Selatan.
Separuh daripada eksekutif itu berpendapat China, Indonesia, Malaysia dan Vietnam paling banyak terlibat dalam rasuah.
Eksekutif yang terlibat dalam kajian ini mempunyai latar belakang dalam sektor industri, perbankan, peruncitan dan sumber asli
Kira-kira 39 peratus mendapati rasuah diamalkan secara meluas di Malaysia, dua kali ganda daripada purata Asia Pasifik iaitu sebanyak 21 peratus.
Malah, 29 peratus responden mendapati rasuah yang diamalkan di sini meningkat berikutan keadaan ekonomi yang semakin mendesak dan peningkatan dalam persaingan yang merupakan negara ketiga tertinggi dalam kajian itu.
Laporan itu mendapati sewaktu negara di Asia mengenengahkan polisi anti rasuahnya, pendekatan itu tidak dilaksanakan dengan berkesan.
Kira-kira 40 peratus responden mendedahkan syarikat mereka mempunyai etika anti rasuah dan 35 peratus lagi mengesahkan pegawai atasan mereka menyatakan komitmen terhadap polisi tersebut.


Firma audit antarabangsa Ernst & Young mengatakan Malaysia adalah sebuah negara yang korup, manakala seorang pemimpin Melayu Islam tampil dengan yakinnya mengatakan Malaysia adalah bersih rasuah? Anda mahu percaya yang mana satu?


Menteri sudah semak belum Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang sedang galak diselongkar oleh rakyat Malaysia sekarang ini?

Firma audit antarabangsa Ernst & Young buat kajian berdasarkan tinjauan terhadap eksekutif-eksekutif di Malaysia, dan itulah pandangan mereka. Manakala Pak Menteri pula ikut suka hati sahaja melabelkan pencapaian tertinggi Malaysia tanpa sebarang kajian. Di mana asasnya? Apa respon balas anda pula?

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

DS SK awat hang bagi malu oghang Peghlih ni, dua kali hang cakap pasai dua isu semua standard bawah dari pemikiran budak tadika, CGPA hang mesti bawah daghi CGPA A M yang dapat 3.85 atau 4 flat.... Pasai puak hangpa lagi tinggi lagi bengap... Macam Ostazah yang ada Phd. Dia kata jadi jalang ok kalau sesak sangat.....
Lain kali tolong baca dan metela'ah dulu baghu becakap.
Buat malu kami dari kayanagan ni....
Awat hang bebai sampai tagha tu hah....
Ish bodoh nya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...