06 Julai 2013

HOT ! TS KHALID BIJAK BUAT DUIT, INI YANG AZMIN TIDAK PEKA DAN NAMPAK...!!!

Pinjaman Berisiko Rendah Pada KDEB Supaya GLC Itu Boleh Untung


SHAH ALAM 5 JULAI : Pinjaman yang disalurkan Kerajaan Selangor kepada Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) adalah supaya anak syarikat itu dapat mengambilalih dan membeli pegangan saham dalam Kumpulan Hartanah Sdn Bhd (KHSB).

Pembelian itu kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim boleh mendatangkan keuntungan tinggi kepada KDEB, yang merupakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), kerana aset hartanah KHSB dianggarkan bernilai kira-kira RM 6 bilion.

Sekiranya KDEB mendapat perolehan sekurang-kurangnya 20 peratus daripada aset itu, ia boleh menjana pendapatan sebanyak RM 1.2 bilion.


Abdul Khalid menjelaskan pinjaman sementara dengan kadar faedah empat peratus itu perlu dibayar balik dalam tempoh kurang setahun.

Pinjaman RM 413 juta itu merupakan sebahagian daripada RM 761.44 juta perbelanjaan pembekalan tambahan yang dipohon oleh Kerajaan Negeri di dalam satu enakmen di Dewan Negeri Selangor semalam.
“Kita hanya meminjamkan kepada KDEB secara sementara supaya ia dapat gunakan dana itu dan memulakan proses mengambilalih saham dalam KHSB 100 peratus.

“Usaha itu dilakukan kerana KDEB berpendapat aset dalam KHSB tidak diuruskan dengan baik,” katanya ketika membahaskan enakmen perbelanjaan tambahan dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini hari ini.

Tambah Abdul Khalid lagi, pinjaman sementara dari Kerajaan Negeri itu bukan risiko kerana KDEB akan memiliki pegangan sepenuhnya dengan perolehan melebihi RM 413 juta.

“Dalam tempoh tujuh ke lapan bulan Kerajaan Negeri akan dapat balik wang itu dari KDEB,” katanya.



Bajet defisit kerana tak mahu bebankan k'jaan baru - MB


Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini tampil mempertahankan bajet defisit yang dialami kerajaan negeri bagi tahun kewangan 2013 ini berbanding belanjawan berimbang yang dibentangkannya tahun lalu.

Katanya, kerajaan negeri yang diterajui Pakatan Rakyat tidak mahu membebankan kerajaan yang baru dengan dasar dan manifesto yang dibuat mereka sekiranya kalah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Mei lalu.


Menurut beliau, antara peruntukan tambahan yang diminta kerajaan negeri yang menyebabkan bajet defisit itu adalah berkenaan pemberian air percuma 20 meter padu di Selangor.

"Kita janji sehingga Mei. Jika kita menang PRU-13 kita akan teruskan dan seseorang kena buat keputusan sebab kita tak mahu buat keputusan kepada pihak yang tak mahu teruskan.

"Tapi dalam manifetso kita ada nyatakan tentang pemberian air percuma berikut, tapi kita tak mahu buat keputusan kepada mereka.

"Ini bukan enakmen atau ketetapan, ini adalah tanggungjawab kepada negeri. Ia juga bukan keperluan yang sama seperti kita perlu ke sekolah," kata Khalid yang ditemui di lobi selepas selesai sidang DUN hari ini.

Tambah beliau, sebarang keputusan yang membabitkan dasar dan polisi haruslah dibuat selepas mencapai kata sepakat seluruh ahli dewan undangan negeri.

Katanya, tindakan itu membuktikan bahawa kerajaan negeri komited dan berfikiran jauh serta tidak membelakangkan pihak pembangkang dalam membuat sebarang keputusan.

"Kita nyatakan untuk berbuat demikian namun kelulusan akan dibuat selepas Sidang Dewan," katanya lagi.


Dana tambahan RM 622.440 juta itu sebenarnya bertujuan sebagai peruntukan tambahan yang melibatkan perbelanjaan beberapa perkara termasuk bagi menyalurkan air percuma kepada rakyat Selangor.

Peruntukan bagi air percuma adalah sebanyak RM105 juta yang dipecahkan kepada dua bahagian iaitu tempoh daripada Julai hingga Disember tahun ini dan bahagian kedua pula melibatkan tempoh daripada bulan Mei hingga Jun tahun yang sama.

Peruntukan ini adalah bagi menampung bayaran Program Air Percuma 20 meter padu yang dijanjikan di dalam manifesto Pakatan Rakyat untuk Pilihan Raya Umum ke 13 yang lalu.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...