Apabila disoal, orang sepertinya harus berundur sehingga terbukti tidak bersalah!
Pada hujung minggu ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menjelaskan terdapat maklumat yang terlalu banyak mengenai jenayah rasuah yang telah dan sedang dilakukan oleh Taib yang “nakal dan tidak jujur” itu.
Kata-kata ini adalah sebenarnya kata-kata popularnya mengenai suruhanjaya itu ketika dia diajukan soalan mengenai siasatan ke atas jenayah yang dilakukannya terhadap negeri yang ditadbirnya berdasarkan kepercayaan rakyatnya.
Dalam kenyataan media jurucakap SPRM Lim Bee Kean menjelaskan bahawa alasan mengapa pemimpin kleptokrat itu masih bebas dan tidak didakwa adalah kerana mereka menerima terlalu banyak maklumat dan bukti dan saksi yang menyebabkan mereka mengambil masa yang lama untuk bertindak!
Ditekan keadaan-keadaan sedemikian, cara yang terhormat adalah untuk mengundur diri
Kini pihak penyiasat dari SPRM telah mengesahkan bahawa siasatan sedang giat dijalankan ke atas bukti-bukti yang diperolehi dan bahawa mereka amat serius mengenainya.
Sudah menjadi lumrah di negara-negara maju yang lain, bahawa apabila tingkahlaku seseorang pemimpin itu dipersoalkan dan dituduh semasa dia berjawatan, harus mengundur diri sehingga dia terbukti tidak bersalah.
Amat sukar untuk diterima akal untuk terus kekal pada jawatan apabila kuasa undang-undang di negeri anda sendiri telah mengesahkan bahawa mereka mempunyai bukti yang mencukupi untuk melaksanakan siasatan.
Namun, sememangnya, kami bercakap mengenai kerajaan BN yang korup dan juga Ketua Penyangak Pembalakan. Selain memberikan kerjasama pada pihak SPRM, Taib telah memperlekehkan mereka dengan mengatakan bahawa para penyiasat itu “nakal dan tidak jujur” dan “tidak berhak mendapat kerjasama darinya”.
Pada hujung minggu ini pihak SPRM tidak akan memberikan komen-komen yang panjang lebar sama ada Taib bersetuju untuk disoalsiasat atau sebaliknya.
Tidak bertaring
Sememangnya, Taib tahu bahawa dia boleh mengelak sambil menuduh kuasa undang-undang itu tidak berpihak padanya kerana politik masih bersamanya.
Najib dan rakyat Malaysia ingin melihat Taib berundur – namun PM itu memerlukan KM untuk menang pilihanraya. Adakah ianya berbaloi?
Najib kekal pada jawatannya, kerana sokongan pilihanraya tipu di Sarawak dan Sabah. Di semenanjung BN sendiri didapati menipu secara berleluasa dan ketara.
BN telah menipu dalam pelbagai lapangan semasa pilihanraya yang lalu, menyalahgunakan kuasa dan kedudukan mereka untuk kekal berkuasa.
Kini mereka mengatur langkah untuk mengaut segala keuntungan dari dana awam yang mereka kawal.
Sememangnya Taib tidak akan berundur. Sebaliknya dia akan terus kekal sebagai seorang samseng dan menafikan kuasa undang-undang sehingga ke saat-saat akhirnya.
Namun, mana-mana samseng yang kian berputus-asa akan tetap kehilangan masanya dan Taib tidak akan terlepas. ~SR
1 ulasan:
Jom follow & join page ni:
Gambar Jenazah DiRogol Setelah Kubur Digali
Gambar Mayat Mangsa Rogol
Catat Ulasan