03 Julai 2013

Panas ! Dah Jumpa...Ibrahim Ali Jadi Pemandu Teksi Semenjak Menghilangkan Diri ....?


Ibrahim Ali mahu jadi pemandu teksi

Saya tidak kisah kerana saya suka dengan kehidupan yang 'simple' - sederhana, tegas 

KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali hari ini secara serius berkata akan menimbangkan untuk menjadi pemandu teksi sepenuh masa untuk menyara kehidupan beliau.

Beliau berkata demikian selepas ditanya mengenai status beliau selepas pilihan raya umum ke-13.

Veteran politik itu kalah kepada calon PAS, Nik Abduh Nik Aziz di kerusi Parlimen Pasir Mas di Kelantan.

“Saya akan bersama Perkasa sepenuhnya sebagai presiden akan tetapi saya juga perlu menyara kehidupan saya. Saya mungkin akan memohan permit teksi. Saya tidak kisah kerana saya suka dengan kehidupan yang ‘simple’ – sederhana,” tegas Presiden Perkasa.

Ketika ditanya mengenai penglibatan beliau didalam dunia politik Ibrahim berkata dia masih di dalam politik kerana Perkasa adalah satu badan NGO yang politikal.

“Perkasa adalah badan bukan kerajaan yang politikal, tetapi Perkasa bukan parti politik. Saya masih lagi aktif di dalam dunia politik bersama Perkasa” beliau menegaskan.

Dalam pada itu, Perkasa telah mengambil langkah proaktif dengan mewujudkan beberapa jawatankuasa baru di dalam NGO tersebut. Turut diwujudkan adalah jawatankuasa perpaduan dan kepentingan nasional.




`NGO antara kaum’

“Kami akan membuka majlis NGO antara kaum supaya masing masing memahami nilai dan budaya antara kami. Kami juga akan mengadakan kongres kepentingan nasional menjurus kepada isu keselamatan negara. Isu negara adalah isu nombor satu bagi Perkasa,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Ketika diminta mengulas isu rang undang-undang pentadbiran agama Islam 2013, Ibrahim menegaskan supaya isu ini tidak dipolitikkan oleh mana mana pihak.

“Saya meminta pada semua pihak untuk tidak mempolitikkan isu ini. Dalam hal ini rujuklah kepada al-Quran dan Hadis” ujar beliau.

Selain itu, Perkasa telah sebulat suara untuk tidak masuk campur didalam pilihanraya kecil Kuala Besut di Terengganu.

“Kami tidak akan berkempen untuk sesiapa. Kami akan menjadi pihak yang berkecuali untuk kali ini”





4 ulasan:

XUMNO berkata...

Jadi pemandu teksi jauh lebih mulia dan diredhai oleh Allah daripada jadi juara merapu terpekik lolong mencerca orang lain.

razlan berkata...

ok la tu pak brahim..yang penting halal..

Tanpa Nama berkata...

Klau x silap. Nak permit teksi kena sain borang dulu. Macam ni punya cara kena buat teksi sapu je ler

Tanpa Nama berkata...

Jom follow & join page ni:

Gambar Jenazah DiRogol Setelah Kubur Digali

Gambar Mayat Mangsa Rogol



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...