10 Jun 2013

Petisyen PRU: Selangor sedia biaya kos guaman , usaha memperbaiki proses demokrasi


Petisyen PRU: Selangor sedia biaya kos guaman – MB

KUALA LUMPUR 10 JUN: Kerajaan Selangor bersedia manampung kos guaman mana-mana pihak yang memfaikan petisyen pilihan raya pada kali ini.

Menurut Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, langkah tersebut diambil bagi memastikan usaha memperbaiki proses demokrasi di negara ini dapat berjalan dengan lebih lancar.

“Mereka yang menyaman di mahkamah, jika betul kita dapati usaha mereka itu munasabah dan kita kerajaan negeri melalui (program) Pendemokrasian, akan beri sumbangan atas kos guaman mereka,” kata Khalid dipetikSelangorku.

Khalid berkata, kerajaan negeri sebelum ini turut menjalin kerjasama dan berkongsi data menerusi Program Pendemokrasian Selangor dengan pihak yang berusaha mengumpul bukti kepincangan pilihan raya.

Data-data tersebut diperolehi menerusi kaji selidik yang dijalankan oleh Unit Pendemokrasian Selangor sebelum PRU 13 berlangsung.

“Kita juga membenarkan data-data itu dianalisa, kerajaan negeri menggalakkan usaha tersebut untuk melahirkan pilihan raya yang adil dan saksama,” ujar beliau lagi.

Sebelum ini, kerajaan negeri melalui geran Selangorku mengambil langkah pengukuhkan demokrasi dengan menyediakan peruntukan berjumlah RM5 juta
.


Kos Untuk Membiayai Petisyen 25 Parlimen Dan 10 DUN, RM1.5 Juta
Rafizi: Kos petisyen pilihan raya RM1.5 juta

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, kos untuk membiayai petisyen pilihan raya bagi 25 kawasan Parlimen dan 10 Dewan Undangan Negeri (DUN) berjumlah kira-kira RM1.5 juta.

Justeru, jamuan makan malam mengumpul dana bagi membiayai kos petisyen pilihan raya akan bermula 28 Jun ini.

“Jamuan makan malam bagi mengumpul dana itu akan bermula di Pulau Pinang diikuti Kuala Lumpur dan Johor Bahru,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.

Kata Rafizi, kos deposit awal petisyen berjumlah RM15,000 dan RM30,000 untuk setiap petisyen yang difailkan.

Ia melibatkan 24 petisyen bagi kawasan Parlimen dan 10 bagi kawasan DUN.

Tambahnya, meskipun Pakatan Rakyat mendapat bantuan guaman secara pro-bono, namun kos berkenaan perlu dibayar kepada defendan sekiranya mahkamah mengenepikan petisyen atau sekiranya plaintif tewas.

“Kena dapatkan dalam sebulan. Kita (KEADILAN) juga bercakap bagi pihak lain (PAS dan DAP),” katanya.

Menurut Rafizi, petisyen tersebut telah dan akan difailkan bermula hari ini sehingga 12 Jun ini.~ kd

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

http://www.mykmu.net/?p=31234


penipuan" SPR???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...