14 Jun 2013

BLACK505 : KEKAL DI PADANG MERBUK

Black 505: Penganjur, DBKL gagal capai kata sepakat

Penganjur perhimpunan Black505 dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini masih gagal mencapai kata sepakat berhubung lokasi penganjuran himpunan tersebut pada 22 Jun ini yang akan berlangsung di Padang Merbok.

Bercakap kepada pemberita selepas pertemuan dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib pagi ini, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata buat masa ini penganjur kekal "status quo" untuk mengadakan himpunan itu di padang tersebut sekalipun DBKL tidak membenarkannya.

Dalam pertemuan lebih sejam itu bermula 8.15 pagi, Rafizi berkata perbincangan turut berkisar mengenai tawaran DBKL sebelum ini supaya mengadakan perhimpunan itu di Stadium Merdeka atau Stadium Titiwangsa.

Bagaimanapun, Rafizi berkata pihaknya tidak mempunyai mandat membuat keputusan dan akan berbincang perkara itu dengan kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat dan NGO berhubung perkara itu.

Beliau yang juga ahli parlimen Pandan sebaliknya menegaskan "tidak mengharapkan banyak perubahan akan berlaku".

"Setakat ini tidak ada perubahan (lokasi). Pertemuan (hari ini) berjalan dengan mesra tetapi keputusan kedua-dua pihak adalah sama pada asal. Kita mahu berhimpun di Padang Merbok.


"Kita akan bincang (mengenai Stadium Merdeka). Masih status quo. Kita akan update. Tapi saya tidak mengharapkan banyak perubahan," kata Rafizi yang juga ahli parlimen Pandan.

Turut hadir dalam perbincangan itu Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul dan Ahli Parlimen Bukit Bintang Fung Kui Lun serta Ketua Polis Daerah Dang Wangi Zainuddin Ahmad.

Semalam, Ahmad Phesal meminta PKR menerima hakikat bahawa padang itu ditempah oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sejak tahun lalu dan mereka memerlukannya bermula dari 22 Jun bagi persiapan acara larian yang dianjurkan oleh mereka.

Ia sekaligus menolak dakwaan PKR bahawa MOM tidak menggunakan Padang Merbok pada tarikh tersebut. -MK

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...