12 Jun 2013

PECAH BERITA ! BETUI KE...HARGA KERETA TURUN? KENA KENCIN DAH... TAK CAYA SAKSIKAN......

KANTOL LAGI !!! adeiii asyik kene tipu je, mana boleh jadi ni. Ingat kami rakyat ni senang-senang jer diperbodohkannya. 

Sebab tu lah KERAjaan BN takut sangat dengan informasi dari internet dan media sosial neh, kalau nak harap media massa pro bn semua tak boleh harap.....kena semak semula....



Harga Kereta Volkswagen Golf Memang Berharga RM157,888 dan harga itu bukan daripada selepas penurunan. Syarikat VW Malaysia akui harga yang dipaparkan silap.

Ikut website VW Malaysia harga memang RM157,888.000 , Alamak kena tipu lagi dengan Paper...

http://www.volkswagen.com.my/en/models/the-golf/gallery.html



Penurunan harga kereta sebagaimana yang diumumkan ternyata hanyalah memperdayakan rakyat. Kereta yang termampu untuk rakyat berpendapatan rendah dan sederhana turun hanya beberapa peratus.
Seorang pembeli Peugeot 308 memberitahu, beliau membeli kereta tersebut pada September 2012 dengan harga RM102,888.00. Tetapi sebagaimana diuar-uarkan itu, pada bulan Januari 2013 harga naik kepada RM115,663.00.

Kelmarin kerajaan umum harganya turun 11%, oleh itu 1 Mei 2013 harga kembali RM102,888.00.

Apakah ini penurunan yang dimaksudkan? Teknik perniagaan ala-promosi supermarket???

Sumber

PEUGEOT 308

Sumber : http://www.peugeot.com.my/308-vti-1/

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Untuk model Honda pula, apa kata Macai..? Harga RM89,900 telah ditawarkan pada DISEMBER 2012 lagi... 


MAI TENGOK PAKAR EKONOMI KOMEN PULAK :

Bolehkah harga kereta turun 20-30%?

Menurunkan kadar cukai eksais bermakna 'membunuh itik angsa yang mengeluarkan telur emas,' kata Dr Rosli Yaakop.


PETALING JAYA: Seorang pakar ekonomi tidak yakin kerajaan dapat mengurangkan harga kereta sebanyak 20-30% secara berperingkat-peringkat sehingga tahun 2017.

Dr Rosli Yaakop dalam laman sosialnya hari ini berkata, dalam Manifesto Pilihan Raya Umum ke 13, Umno-Barisan Nasional (BN) berjanji kepada rakyat Malaysia untuk menurunkan harga kereta sebanyak 20-30% dalam tempoh lima tahun.

“Manakala manifesto Pakatan Rakyat, yang diumumkan lebih awal juga menjanjikan perkara yang sama,” kata beliau yang juga bekas Timbalan Gabenor Bank Negara. Namun jalan yang dipilih oleh Pakatan ialah dengan menurunkan cukai eksais ke atas kereta.

Tetapi Umno-BN masih belum menunjukkan jalan bagi menurunkan harga kereta kerana cukai eksais ke atas kereta menghasilkan RM7 bilon pungutan cukai. Menurunkan kadar cukai eksais bermakna ‘membunuh itik angsa yang mengeluarkan telur emas,’ katanya.

Menurutnya, walaupun harga kereta ditentukan oleh kuasa penawaran dan permintaan, kos pengeluaran dan mark-up keuntungan, yang ketara di Malaysia ialah kadar cukai yang tinggi dan cara pengiraan cukai yang membawa kepada kesan “cukai atas cukai” adalah komponen utama harga kenderaan di Malaysia.

“Kecuali sesuatu dilakukan ke atas struktur cukai berkenaan, khasnya dalam keadaan kos pengeluaran yang terus meningkat, sukar untuk harga kereta diturunkan sebanyak 20-30% sebagaimana yang dijanjikan,” katanya.

Semalam, akhbar Utusan Malaysia menyiarkan berita di muka hadapan bertajuk “10 model kereta turun harga: Penurunan pertama secara berperingkat hingga 2017″.

Akhbar itu melaporkan bahawa kerajaan memenuhi janjinya untuk menurunkan harga kereta secara berperingkat apabila lima syarikat pengeluar kenderaan telah mengumumkan penurunan harga 10 model kereta keluaran mereka.

Penurunan antara RM449 hingga RM12,775 (0.7 hingga 11 peratus) dalam tempoh Januari hingga Mei tahun ini membabitkan model kereta keluaran Peugeot, Proton, Perodua, Volkswagen dan Honda.

"Langkah kerajaan untuk menurunkan harga kereta secara berperingkat sudah pun dilaksanakan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dalam bentuk pelancaran Siri-S, baru-baru ini untuk membantu pelanggan menurunkan kos pemilikan kereta secara keseluruhan" - Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh

Aku ulang..Dilaksanakan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) untuk membantu pelanggan..Bukan Dilaksanakan KERAjaan BN..KERAjaan BN cuma temberang jer konon tepati janji Moneyfesto aku janji Pilihan Raya Umum Ke-13.

Kah3..Macai2 bukan main melompat girang seperti seekor kera mendapat bunga dengan mencanang kehebatan BN menepati janji..kah3..Menepati Janji Kepala Bana lu..


edit -Kedahkini

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apa barang beli kete murah! aku bangsa amno tak mainla barang cheap sale, bile kete murah nanti jemla jalan raya susah aku nak balik raye ke banglasia

C++ berkata...

Bhai KedahKini...

Hahaha.... teknik pasaraya dan supermarket tue... hahaha

Tanpa Nama berkata...

Pengeluar tak susah nk turunkan harga. Buang ABS, SRS, Power Window, Central Lock, Alarm, rim sukan, bumper tak payah cat dah boleh turun harga. Pastu kerajaan ckp mereka yg turunkan harga.

Tanpa Nama berkata...

yg penting janji di tepati...klu turun byk2 pn berapa biji blh beli...bt sesakkn jalan yg dh sedia sesak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...