15 Februari 2013

BN Serah Projek ' Sapu Malaysia ' Puluhan RM Bilion..Tanda Akan hilang Kuasa...


“Pertamanya, tidak pernah dilihat sebegini besar kontrak diberikan sebelum pilihan raya, jelas ini bukti terdapat kemungkinan Barisan Nasional akan hilang kuasa jadi mereka bermentaliti ‘Sapu Malaysia’.”

Putrajaya digesa jelaskan pinjaman RM1.5b penswastaan lebuh raya


 Putrajaya digesa tampil untuk menjelaskan penswastaan lebuh raya bernilai RM1.55 bilion di Lebuh Raya Lembah Klang Timur (EKVE) apabila wang pembayar cukai terpaksa dikeluarkan untuk membiayai setengah pinjaman kepada pemegang konsesi.

Semalam media melaporkan kerajaan pusat bersedia untuk memberikan pinjaman berjumlah RM635 juta kepada Ahmad Zaki Resources Bhd (AZRB) untuk konsesi EKVE bertempoh 50 tahun, yang mana pemimpin DAP Tony Pua menyifatkan ianya sebagai tempoh konsesi kedua terpanjang sejarah Malaysia.

“Persoalan yang jelas ialah jika kerajaan berupaya mengeluarkan separuh daripada pelaburan yang diperlukan untuk membina lebuh raya, mengapa ia perlu diswastakan pada awalnya?” kata Pua(gambar) dalam satu kenyataan.

“Adakah ia supaya syarikat-syarikat tertentu menindas untuk keuntungan berbilion-bilion ringgit pada masa depan?” ujar ketua publisiti DAP itu lagi.

Beliau juga berkata bahawa konsesi EKVE telah dianugerahkan AZRB melalui rundingan terus.

Ahli Parlimen (MP) Petaling Jaya Utara itu juga menegaskan RM5.2 bilion perjanjian Pantai Barat Expressway (WCE) telah diberikan kepada Kumpulan Europlus Bhd (KEuro) bulan lepas, walaupun kerajaan menyediakan pinjaman ringan RM2.24 bilion dan menanggung kos RM980 juta bagi pengambilalihan tanah.
Pua pada bulan lepas berkata konsesi WCE telah dianugerahkan kepada KEuro melalui rundingan terus, sebuah syarikat menurut beliau tidak mempunyai rekod baik dan keupayaan kewangan untuk membina lebuh raya.

“Pada awal tahun lepas, kerajaan juga menganugerahkan projek Kinrara Damansara Expressway (KIDEX) bernilai RM2.2 bilion kepada syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan peguam Umno Datuk Hafarizam Harun dan baru-baru ini kepada Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi yang baru bersara yang juga sebelum iini merupakan bekas ahli jawatankuasa disiplin Umno,” kata Pua.


MP DAP itu juga menekankan bahawa kontrak bernilai RM1.2 bilion bagi lanjutan kontrak untuk Ampang Line LRT telah dianugerahkan pada Julai lepas kepada sebuah syarikat pengeluar meter air, George Kent Bhd walaupun syarikat tersebut tidak mempunyai pengalaman dalam industri rel.

“Sebulan kemudian, satu lagi kontrak RM1.33 bilion telah dianugerahkan kepada MRCB (Malaysian Resources Corporation Bhd) untuk kerja-kerja lain di rel LRT yang sama,” kata Pua.

Beliau menambah RM8.82 bilion kerja kontrak telah dianugerahkan kepada syarikat Bumiputera bagi projek landasan Mass Rapid Transit (MRT) yang dianggarkan bernilai berbilion-bilion.

“Di atas adalah hanya senarai pendek daripada berbilion ringgit kontrak dan perjanjian penswastaan yang telah ditandatangani oleh kerajaan dalam tempoh 12 bulan lepas sahaja,” katanya.

“Pertamanya, tidak pernah dilihat sebegini besar kontrak diberikan sebelum pilihan raya, jelas ini bukti terdapat kemungkinan Barisan Nasional akan hilang kuasa jadi mereka bermentaliti ‘Sapu Malaysia’
.”~tmi

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...