14 Februari 2013

Taib Pau 'Ang Pau ' kaw-kaw...untuk dana Pilihanraya dari Taukeh Balak..?



Taib Melaksanakan Jajahan Tahunannya Ke Atas Taukey-Taukey Pembalakan Di Sibu

 Taib Mahmud datang melawat dengan membawa beg-beg kosong. Salah satu dari kesulitan yang anda hadapi jika anda seorang taukey pembalakan, setiap perayaan Tahun Baru Cina anda akan dirosakkan oleh kunjungan Taib Mahmud, yang seperti biasanya akan meminta ‘Ang Pow’.

Pada tahun ini, seperti biasa, Taib Mahmud telah berkunjung ke Sibu, dan Ketua Menteri itu akan meminta dua kali ganda jumlah untuk menghadapi pilihanraya umum dan pemberian itu harus disegerakan. Dan sudah tentunya dia akan meminta ganjaran yang besar untuk keluarganya dan juga untuk penyokong-penyokongnya juga.

Publisiti akan hanya berfokus pada bagaimana Taib Mahmud juga mengadakan kunjungan ringkas ke rumah “orang-orang biasa”, yang dijangkakan untuk menunjukkan kegembiraan mereka bahawa Bapa Rasuah Sarawak mempunyai masalah untuk diatasinya.

Namun, sasaran-sasaran Ketua Menteri itu adalah keluarga-keluarga yang sama, yang telah diberinya beratus-ribu ringgit nilai konsesi pembalakan dan perladangan kelapa sawit dan daripada siapa dia akan dapatkan pulangan yang lumayan.

Dia telah memerah mereka sekeras-kerasnya dari keistimewaan mereka, dan sudah pastinya dia tahu, tanpa sokongan berasuahnya, siapalah semua taukey ini, maka dia harus memerah mereka dengan lebih keras lagi untuk membiayai kempen-kempen pilihanrayanya.

Keluarga Tiong merupakan Taukey Pembalakan Sarawak yang klasik – seorang dari mereka terlibat dalam perniagaan, mana kala seorang lagi selaku orang kanan politik Taib Mahmud.

Jadual kunjungan Taib Mahmud selama 3 hari ke Sibu itu dipenuhi dengan kunjungannya ke rumah-rumah taukey yang sama seperti pada musim-musim yang lepas, yang menunggu untuk diperah wang mereka, agar selepas itu orang-orang Taib Mahmud boleh pergi ke kampung-kampung dan rumah-rumah panjang untuk membahagi-bahagikannya kepada pengundi-pengundi dan memberi amaran pada mereka untuk terus menyokong BN

Menurut akhbar Borneo Post, kunjungan pertama Taib Mahmud adalah ke rumah keluarga kaya Lau pemilik syarikat KTS.

Vincent Lau adalah calon SUPP/BN untuk musim pilihanraya kali ini dan ahli-ahlinya adalah wakil-wakil untuk kawasan Sibu selama beberapa tahun yang lalu, sehingga Wong Ho Leng dari DAP mengalahkan mereka dengan cemerlang dalam pilihanraya 2010 yang lalu.

Wong Ho Leng kini sedang sakit tenat, dan telah menimbulkan krisis di kalangan DAP, manakala Taib Mahmud menjangkakan dapat merebut peluang itu untuk kembali ke sistem lamanya, di mana kroni-kroni pembalakannya dapat memainkan semula peranan mereka dalam arena politiknya, yang dapat dipercayainya untuk membiayai kegiatan politiknya.

Selepas mengunjungi keluarga Lau, Taib Mahmud dijadualkan mengunjungi sebuah lagi keluarga iaitu pemain yang lebih besar, Tiong Thai King yang memiliki syarikat Rimbunan Hijau. Thai King adalah seorang MP dan saudaranya pula merupakan bos dalam syarikat pembalakan terbesar di Sarawak, yang baharu sahaja menerima konsesi untuk mencarigali minyak di pantai Sarawak dari Taib Mahmud.

Pemberian sempena perayaan itu sahaja seharusnya mencukupi untuk kegunaan BN – mungkin membolehkan Taib Mahmud menggandakan rasuah kempen pilihanrayanya pada tahun ini.

Suatu ketika dahulu Tiong Thai King pernah didapati merompak tanah NCR orang-orang dari kawasan pilihanrayanya sendiri. Apabila orang-orang kampung di Sungai Pelugau telah menemuinya untuk menghalang syarikat Rosebay Enterprise menebang hutan dan membuka ladang kelapa sawit di kawasan mereka, mereka mendapati MP mereka itu telah enggan memberikan kerjasamanya.

Dan, apabila kes itu akhirnya dirujukkan ke mahkamah, terima kasih pada peguam-peguam dari kalangan parti pembangkang, mereka mendapati Tiong Thai King sendiri merupakan seorang pemegang saham utama dalam syarikat Rosebay Enterprise itu! Mungkin dia berharap dapat menyogok para pengundinya pada pilihanraya kali ini dan seterusnya berharap dapat menjana lebih banyak wang dari kayu balak dan tanah para pengundinya yang teraniaya itu.

Namun para pengundi di Sarawak kini mulai sedar bahawa tindakan melulu keluarga-keluarga seperti Tiong, yang membiayai sogokan pilihanraya Taib Mahmud sebagai balasan pemberian konsesi itu tidak ubah seperti perbuatan samseng yang merompak kayu balak dan merampas tanah bernilai ribuan juta ringgit dari para pengundi mereka.


Rakan karib – pemberian lebih besr. Taib Mahmud dan keluarga Hii.

Dan selepas itu Taib Mahmud akan berkunjung ke rumah keluarga Hii, yang juga merupakan rakan karib kepada adiknya, Raziah Mahmud.

Taib Mahmud dijadualkan dihidangkan makan malam di Hotel Kingwood yang dimiliki oleh keluarga Hii itu. Kami mempunyai banyak bukti yang menunjukkan hubungan antara syarikat-syarikat keluarga Hii dengan syarikat keluarga Taib Mahmud.

Syarikat Mesti Bersatu, di mana Taib Mahmud sendiri merupakan pengarah dan juga pemegang saham utamanya, merupakan pemilik bersama syarikat Delta Padi dengan syarikat keluarga Hii, Fonsen Holdings. Delta Padi telah mendapat suatu kawasan hutan paya bakau yang luas dari kerajaan Sarawak untuk membangunkan projek penanaman padi. Namun setelah hutan bakau itu habis ditebang, kawasan yang luas itu telah dibangunkan menjadi ladang kelapa sawit!

Lihatlah bagaimana kaum Melanau yang sekaum dengan Taib Mahmud sendiri dibiarkan menghuni kawasan yang telah diterokainya itu. Kaum nelayan yang miskin mengadu bahawa sumber air mereka tercemar dan mereka tiada ikan untuk ditangkap mahupun tiada sumber air yang selamat untuk digunakan, apa lagi untuk mandi. Hutan mereka pula telah musnah ditebang.

Keluarga Hii juga sedang sibuk dengan projek-projek pembinaan di Miri bersama adik Taib Mahmud, iaitu Raziah Mahmud. Syarikat mereka, Rich Venture telah mengendalikan projek-projek pembinaan yang berjaya diperolehi Raziah menerusi lesen-lesen dan kontrak-kontrak dari kerajaan negeri, yang pastinya memberikan mereka keuntungan yang lumayan.


Bergambar bersama orang yang membiayai -keluarga Hii menaja Pertunjukan Fesyen Islamik Taib Mahmud di Monaco.

Sebagai balasan, keluarga Hii telah diperah untuk menaja semua perbelanjaan majlis pertunjukan Fesyen Islamik di Monaco, yang dipromosikan oleh Raziah Mahmud dalam tahun 2010 dahulu.

Di samping itu keluarga Hii turut menyumbangkan sekeping cek bernilai $100,000 di mana Rosmah Mansor dengan bangganya menghadiahkan kepada Putera Albert dari Monaco bagi mengisi Yayasan Alam Sekitar pada klimaks persembahan seksi di majlis itu.

Keluarga Hii telah diperah dua kali ganda pada tahun ini. Namun mereka tahu bahawa sumbangan mereka itu amat berbaloi jika mereka berurusan dengan Taib Mahmud.
Kita berharap mereka tidak akan tercekik makanan di sepanjang kunjungan Tahun Baru Cina ini.


Majlis yang ditaja oleh keluarga Hii – namun hanya seorang sahaja yang diberikan penghormatan untuk naik ke pentas bersama Putera Albert untuk penyampaian cek yang amat lumayan itu (untuk Yayasan Alam Sekitar).

~ SR

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...