Anwar umum pelan persaraan, Mahathir sapu kepala dengan minyak ‘cap kapak’
Isu persaraan Anwar sekarang menjadi isu yang panas. Sebagaimana yang dijangkakan, Mahathirlah yang akan memberikan reaksi yang paling awal terhadap pengumuman persaraan Anwar jika PR gagal mendapat mandat rakyat dalam pilihanraya yang akan datang ini. Mahathir memberikan reaksi secara sinis yang pengumuman Anwar itu hanyalah sebagai helah pilihanraya sahaja.
Sebenarnya itulah yang dikehendaki oleh Mahathir tetapi beliau memberikan reaksi sebegini kerana beliau (Mahathir) mahukan kepastian yang kata-kata Anwar itu merupakan satu kenyataan yang benar, berhenti jika PR kalah mengambilalih kerajaan. Saya rasa sememangnya Anwar perlu berhenti jika gagal mengambilalih Putrajaya itu. Tetapi Mahathir memberikan reaksi dengan menyamakan sikap beliau kepada Anwar.
Di Selayang semalam Anwar berkata yang Mahathir terlalu takut beliau (Anwar) akan merampas harta yang keluarga beliau telah ambil secara tidak betul dan bermoral dari rakyat selama ini dan itu sememangnya menjadi persepsi rakyat juga. Anwar menjawab dengan bertanya apa yang beliau (Mahathir) takutkan kerana yang dihina selama ini adalah beliau sendiri. Yang dipenjarakan adalah beliau dan ditumbuk serta ditelanjangkan adalah beliau.
Saya tidak tahu samada Anwar benar-benar serius untuk bersara tetapi apa yang beliau katakan itu adalah baik kerana semestinya beliau mesti bersara jika PR tidak berjaya mengambilalih Putrajaya dalam pilihanraya yang akan datang ini. Itulah semangat demokrasi sebenarnya.
Tetapi Mahathir pula memikirkan yang Anwar akan melakukan perkara yang sama seperti beliau (Mahathir) lakukan acapkali selama ini. Mahathir berfikir yang Anwar adalah seorang pendendam seperti beliau juga jika mendapat kuasa. Anwar berkata yang beliau bukannya marah kepada Dr Mahathir tetapi beliau (Anwar) tidak bersetuju kerana rakyat tertindas oleh Umno terutamanya oleh Dr Mahathir secara sistematik.
Bagi saya apa yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat kepada rakyat wajar diberi sambutan dan ambil janji-janji itu secara positif. Kita tidak boleh menjadi defensif keterlaluan seperti yang diambil oleh pemimpin-pemimpin BN. Janji Pakatan untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat itu wajar diterima secara positif kerana itu bukannya perkara yang mustahil untuk dijayakan oleh PR jika memerintah negara ini. Kita tidak boleh bersikap negatif semata-mata kerana BN tidak mampu atau tidak mahu melaksanakannya.
Tuduhan Najib, Muhyiddin, Mahathir dan BN yang negara akan bankrap jika rakyat diberikan pendidikan percuma itu hanya menunjukkan kedhaifan pimpinan BN dalam isu ini, kerana banyak negara di dunia ini memberikan pendidikan percuma kepada rakyat mereka. Jika BN tidak mampu untuk melaksanakannya tidak mengapa. Biar PR yang melaksanakannya. Berikan mandat itu kepada PR buat lima tahun yang akan datang.
Dalam isu pendidikan percuma ini kita mesti memberikan mandat kepada yang berjanji dan mampu melaksanakannya. BN tidak boleh mengambil sikap jika mereka(BN) tidak mampu melakukannya maka orang lain pun tidak mampu seperti mereka (BN). Pemimpin Umno/BN mesti mengakui yang kemampuan seseorang yang dianugerah Tuhan itu memangnya berlainan tahapnya dengan seseorang yang lain. Itu adalah kenyataan yang ditunjukkan oleh ‘nature’ dan Umno tidak boleh membawa rakyat berfikir seperti mereka (BN).
Contoh dan bukti yang kemampuan seseorang itu berbeza diantara satu dengan lain itu mudah kita lihat. Mirzan bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan yang besar tetapi beliau kurang kemampuan sehinggakan Mirzan terpaksa menggunakan wang rakyat hampir RM2 billion pada penghujung tahun sembilan puluhan dahulu untuk menyelamatkan perniagaan beliau (Mirzan).
Mirzanlah salah seorang yang telah mendapatkan subsidi terbesar dari rakyat untuk mengapung dan
menutupi ketidak mampuan beliau dalam bidang perniagaan. Rakyat terpaksa menanggung kerugian anak pemimpin tersohor negara ini. Begitu jugalah dalam isu pengambilalihan Exxon Mobil oleh anak Mahathir yang sama. Exxon Mobil diambilalih dengan pengaruh keluarganya dengan harga yang terlalu rendah dari harga pasarannya dan ini merupakan elemen subsidi yang sangar besar.
Subsidi ini ditambah pula dengan menggunakan pengaruh keluarga nya lagi dengan memaksa pihak MAS yang sedang tenat itu untuk mendapatkan bahan bakar bagi syarikat penerbangan itu dari syarikat Exxon Mobil ini yang sekarang diberi nama baru, Petron.
Oleh itu rakyat begitu jemu dengan tanggungan yang diberikan terhadap mereka. Rakyat yang tertindas tidak henti-henti dipaksa memberikan subsidi dan menanggung semua kehendak anak-anak Mahathir dan anak-anak pemimpin yang lain. Di sebaliknya pula kerajaan begitu tidak ikhlas untuk meneruskan pemberian susidi untuk kehidupan rakyat yang ramai kerana segala peruntukan subsidi itu diambil oleh keluarga pemimpin-pemimpin Umno dan BN sekarang ini.
Jika rakyat menolak BN kali ini, itu sememangnya satu tindakan yang sudah menjadi kewajipan untuk mereka lakukan. Rakyat sudah tidak tertanggung lagi dengan kerenah keluarga-keluarga yang menjadi penghisap darah mereka ini. Jika Pakatan berkuasa, apa yang saya secara peribadi inginkan, ialah untuk memperkuatkan sistem dan tidak payah berdendam-dendam. Jika kita melakukan dendaman kesumat saya rasa hampir kesemua pimpinan yang ada pada hari ini yang telah bersara terpaksa menghabiskan sisa-sisa kehidupan mereka dalam penjara dan kem-kem tahanan.
Oleh itu memperkuatkan sistem yang betul dan mudah dilakukan sepatutnya menjadi agenda utama jika PR mengambilalih kuasa kerajaan negara kita. Biarkan sistem itu yang mentadbir negara kita. Jika seseorang pemimpin itu terlanggar sistem itu maka pemimpin itu harus menerima akibatnya. Sistem itu yang akan menentukan siapa yang akan menghadapi rakyat dan undang-undang.
Seorang Perdana Menteri yang mengambilalih kerajaan negara nanti jangan porak perandakan sistem seperti yang dilakukan oleh Mahathir dahulu. Mahathir dahulu tidak sesuai dengan sistem yang biasa. Beliau melanggar semua sistem demokrasi dan sistem yang digunakan beliau ialah sistem peribadi beliau sahaja. Sistem-sistem kehakiman, perundangan, kepolisisan dan yang lain-lain semuanya dipecahkan oleh beliau dan yang mengambilalih sistem-sistem tersebut ialah sistem Mahathir…’tepuk dada tanya selera’
Sekarang ini apa yang ditakuti oleh Mahathir ialah sistem yang beliau bentuk itu akan memakan diri beliau sendiri. Mahathir lupa yang pihak yang mahu mangambilalih kerajaan ini bertujuan untuk membina kembali semua sistem yang telah dirobohkannya semasa beliau memerintah selama 22 tahun dahulu..
Saya rasa satu lagi perkara yang wajib dilakukan oleh kerajaan baru nanti ialah menubuh ‘Truth Commission’. We want to know the whole truth.
— aspanaliasnet.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan