09 Julai 2012

Gempar!!! Suami isteri Mengamuk di Jabatan Perdana Menteri, nak guling kerajaan?-updated

Berita Baru Masuk:

Polis sahkan kematian lelaki dakwa 'Imam Mahadi'

7:22PM Jul 9 2012


Polis mengesahkan lelaki yang mengamuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya meninggal dunia di hospital selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari.

"Siasatan awal dapati suspek telah menggelarkan dirinya sebagai 'Imam Mahadi ' manakala suspek perempuan masih menerima rawatan di Hospital Putrajaya," menurut kenyataan polis Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan polis, seorang lagi suspek perempuan pula terkena tembakan di bahagian paha kanan dan sedang mendapatkan rawatan di Hospital Putrajaya.


Pihak berkuasa juga mendakwa, suspek yang mengamuk dengan melibas pedang samurai berjaya memasuki kawasan itu setelah menuju ke pos pengawal dan meletakkan pedang samurai di leher polis bantuan.

"Bila berada di dalam perkarangan Kompleks B, kedua-dua suspek telah melibaskan pedang dan merosakkan dua cermin kereta Hyundai Accent dan Perodua Kancil milik kakitangan JPM," menurut polis.

Polis juga memberitahu, anggota cawangan pencegahan jenayah dan anggota MPV yang sampai kemudian juga diserang oleh kedua-dua suspek menggunakan pedang samurai.

Justeru, polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan, menurut kenyataan itu lagi.


Lelaki pedang Samurai ceroboh JPM

6:30PM Jul 9 2012 -Malaysiakini

Seorang lelaki bertubuh sasa tidak berbaju dengan pedang samurai serta seorang wanita hari ini menceroboh Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya menyebabkan keadaan kecoh.

Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali, lapor Utusan Online.

Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan.

Bagaimanapun, kedua-duanya dilapor bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.

Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan, lapor akhbar itu lagi.

Suspek lelaki yang berseluar jean cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri. Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

Sepasang suami isteri mengamuk di JPM
Sumber: SINAR HARIAN,9 Julai 2012
Pemandangan di kawasan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri. – Foto ihsan Cari Malay Forum


PUTRAJAYA - Seorang lelaki dan wanita, dipercayai pasangan suami isteri, cedera ditembak selepas membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, pasangan terbabit cuba menceroboh bangunan dengan membawa pedang samurai.

Difahamkan, pengawal keselamatan cuba menghalang mereka,namun kedua-duanya bertindak ganas dan memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan terbabit.

Cubaan polis untuk memujuk pasangan terbabit daripada bertindak lebih ganas tidak diendahkan, sehingga memaksa pihak berkuasa melepaskan tembakan dan mengenai mereka.

Suspek lelaki cedera dibahagian tangan kanan manakala pasangannya dibahagian peha kiri.

Kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

LAGI BERITA AKAN MENYUSUL



Berita terkini dari FB :
ANDA BUAT ANDA Dapat
Sukai Halaman Ini · lebih kurang sejam yang lalu

Bismillahirrahmanirrahim...

Berita Terkini!!! yang mungkin akan keluar di kaca TV Hari ini...

2 ORANG DI TEMBAK KERANA MENGAMUK DI KOMPLEKS B JABATAN PERDANA MENTERI, PUTRAJAYA

Pengakuan Saksi Kejadian:

"Sebenarnya ancaman/serangan baru bermula setelah beberapa saat dua penyerang tersebut lalu di hadapan kereta kawan saya dengan saya penumpangnya. Kami berada di dalam situasi tersebut dimana kereta di hadapan dan di belakang kami telah dilibas dengan samurai oleh penyerang lelaki. Saya tidak ingin membuat spekulasi tetapi cukuplah sekadar saya mengemukakan gambar seperti di bawah. sama2 kita tunggu berita malam ini untuk maklumat lebih lanjut."


Suspek: seorang lelaki, seorang perempuan

KOmen Utusan meloya: Guling kerajaan 2 orang sah Utusan gila....

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...