10 Julai 2012

KENALI "IMAM MAHADI" YANG MATI KENA TEMBAK OLEH ANGGOTA POLIS KERANA MENGAMUK DIPUTRAJAYA BERSAMA PASANGANNYA..( Video Kejadian)



Individu yang mengaku dirinya "Imam Mahadi, yang mengamuk mau mengulingkan kerajaan dengan bantuan pasangannya dengan hanya bersenjatakan sebilah pedang samurai seperti dilaporkan oleh Utuseks Meloya dikenali dengan nama Khalil Afandi Hamid dan memiliki blog jenama Jaya Negara

Lelaki yang menyerbu pejabat JPM dan cuba menyerang orang ramai dengan pedang samurai di JPM rupanya seorang Penulis Blog Jaya Negara. Allahyarham sempat menulis entri terakhir tentang hidup dan mati. (Baca di sini...)
Akaun FB beliau https://www.facebook.com/khalil.afandi.1


Mengikut kenyataan polis, lelaki ini mengangkat dirinya sebagai Imam Mahadi. Tak dapat dipastikan sama ada dia ni penyokong mana-mana parti sebab dari blognya itu tidak digambarkan ideologi politiknya. Pas pun dia bantai, Najib pun dia bedal. Tapi dia banyak bercakap mengenai ketuhanan,


Nama sebenar lelaki tersebut ialah Khalil Afandi Hamid 47 tahun, seorang penganggur manakala teman wanitanya bekas pelajar UIA berusia 28 tahun. Lelaki tersebut disahkan meninggal dunia kira-kira 15 minit dimasukkan ke hospital berkenaan, manakala suspek wanita masih menerima rawatan dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Diatas ini wajah dua individu yang dimaksudkan. Lelaki itu dilihat seperti orang kurang siuman, memakai penutup kepala dengan lambang kepala tengkorak.

Isterinya memakai pakaian selubung hitam dengan cermin mata hitam.

Di bawah ini rakaman video yang dirakamkan oleh salah seorang sahabat yang berada di lokasi kejadian saat Polis melepaskan tembakan kepada suspek tersebut. Bagaimana pun, beliau tidak dibenarkan menghampiri suspek.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...