01 Mei 2012

BBC SIASAT ASTRO KERANA UBAH SUAI BERITANYA!!!


Lima minit  Itulah perbezaan masa antara siaran langsung menerusi satelit dengan siaran penerimaan yang diperolehi Astro.

Cukup masa untuk mengubah kandungan laporan yang tidak menyiarkan temuramah dengan seorang peserta himpunan Bersih Sabtu lalu.

Laman Sarawak Report melaporkan bahawa perkhidmatan penyiaran British, BBC sedang menyiasat dakwaan bahawa penyiar berbayar Astro melakukan suai pinda ke atas laporan beritanya berhubung perhimpunan BERSIH 3.0 pada Sabtu lalu.

Laporan berkenaan turut memaparkan satu rakaman video di Youtube yang membandingkan siaran asal BBC dan versi yang didakwa ditapis seperti disiarkan di Astro.


KANTOI!! BBC Siasat Kenapa Astro Ubah Suai Beritanya!!


Dalam laporan itu, Sarawak Report menyatakan bahawa sebahagian daripada laporan BBC tersebut, sepanjang hingga 30 saat, dipotong apabila disiarkan di Astro.

Bahagian yang dipotong itu antara lainnya menunjukkan seorang anggota polis menaiki motosikal yang kelihatan melepaskan tembakan ke atas peserta perhimpunan, laporan itu dipetik.

Turut dikeluarkan daripada siaran itu ialah wawancara dengan peserta perhimpunan yang menjelaskan sebab mereka menyertai BERSIH 3.0, menurut laporan itu lagi.

Laporan itu juga menyebut, BBC mengeluarkan satu kenyataan selepas diberitahu mengenai perkara itu oleh laman berkenaan.

Kenyataan tersebut menjelaskan bahawa "siasatan segera" dijalankan ke atas perkara itu untuk mengenalpasti fakta dalam kes berkenaan

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...