01 Mei 2012

City atasi MU, kembali kuasai takhta EPL


MANCHESTER City menguasai kembali kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan mengatasi pesaing terdekatnya, Manchester United (MU) 1-0 dalam perlawanan yang menarik jutaan peminat dari seluruh dunia.

Dengan kemenangan ini, kedua-dua kelab menghimpunkan 83 mata, tetapi City berada di depan dengan perbezaan mata.

Jaringan pada waktu kecederaan di separuh masa pertama memberi kelebihan kepada City untuk memintas MU yang mendahului lawannya sejak lebih sebulan lalu.

Kedua-dua pasukan mempunyai baki dua perlawanan untuk disempurnakan dan dijangka juara akan ditentukan menerusi perbezaan mata, yang mana City ada kelebihan dalam soal ini.

Sememangnya kemenangan perlawanan yang diadakan awal pagi tadi (waktu Malaysia) amat diperlukan oleh City sedangkan MU hanya memerlukan keputusan seri untuk memenangi gelaran buat kali ke 20.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...