02 Mei 2012

SU KUANG HONG DAKWA DILANGGAR WAJA POLIS


Lelaki dakwa dilanggar polis hingga terpelanting

Seorang lelaki yang dilanggar kereta polis dalam kejadian penuh kontroversi ketika perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu, hari ini tampil menjelaskan insiden yang dialaminya itu.


Su Kuang Hong, 25 berkata beliau merupakan salah seorang daripada empat peserta yang dilanggar kenderaan tersebut dalam kejadian di hadapan pusat membeli belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Katanya, beliau tampil dengan sisi ceritanya hari ini kerana polis cuba menggambarkan bahawa kumpulan peserta tersebut sebagai perusuh yang menyerang polis.

Su yang kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur berkata, beliau terpelanting ke bahagian atas kenderaan tersebut selepas dilanggar.

Kenderaan itu juga terus bergerak selepas melanggarnya dan beliau sekali lagi melayang dan

melanggar tembok di hadapan pusat membeli belah itu apabila kenderaan itu berhenti secara tiba-tiba.

Su berkata beliau mengalami kecederaan di bahagian dahi, pergelangan tangan dan peha kesan daripada hentakan pada tembok itu.Katanya, beliau membuat dua laporan polis atas kejadian berkenaan.


Ada Ujian Provokasi Guna SUV Sebelum Kejadian Waja Diterbalikkan?

Bhai... lu tengok nih... Ini gambar satu SUV milik PDRM yang merempuh kawasan orang ramai berkumpul berhampiran SOGO sejurus sebelum kejadian kereta WAJA milik PDRM merempit dan melanggar orang awam dikawasan SOGO tersebut...

Untuk pengetahuan lu orang sumer... Kawasan nih telah diblock oleh "barrier plastik merah dan putih" yang biasa lu orang lihat kat kawasan pembinaan tue... dan block ini dipasang oleh PDRM seawal pukul 10 pagi lagi... jadi... atas alasan aper kah yang SUV PDRM nih meluru dan merempit dikawasan ini....

Ianya juga nyaris terbabas dan melanggar orang awam semasa ianya membuat belokan tajam menuju Jalan Bunus .... Yang lagi pelik... kenapa dier memecut ikut jalan Bunus.. sedangkan ianya boleh jalan terus menuju kearah Jalan TAR.


So... stakat provokasi dari orang awam guna botol air mineral pon boleh buat stunt macam nih ker.... Bahaya wei... Dari aper yang gua dapat baca.. gua berani kata bahawa ianya adalah ujian provokasi sebelum provokasi yang utama menjelma selepas itu sekitar 3 atau 4 minit berselang..
.. -cipantenuktapir

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...