Pada hujung minggu ini Perdana Menteri Malaysia Najib Razak mengatakan adalah “betul” bagi parti politiknya untuk menerima derma berjuta-juta dollar dari penderma yang tidak perlu didedahkan.
Empat tahun yang lalu Ketua Menteri Sabah, Musa Aman telah berusaha menafikan bahawa wang ini ada kaitan dengannya atau mempunyai sebarang kaitan dengan seorang yang benama Michael Chia.
Namun kini, Perdana Menteri telah terpaksa berhadapan dengan bukti-bukti yang menunjukkan bahawa wang itu dikaitkan dengan Musa. Musa seharusnya memohon maaf kerana telah menafikan adanya kaitnya dengan Michael Chia, dan dia juga harus memohon maaf pada Sarawak Report yang telah dituduhnya menerbitkan dokumen-dokumen palsu dan menyebarkan fitnah terhadapnya.
Beralasankan bahawa semua bayaran itu dibuat kepada UMNO telah termusnah kerana bukti-bukti bahawa Michael Chia telah juga membuat pembayaran menggunakan akaun-akaunnya kepada anak-anak Musa selama beberapa tahun mereka menuntut di luar negara.
Adakah pengajian anak-anak Musa di Australia itu ada kepentingan dan kaitan dengan wang UMNO?
Nampaknya Pengerusi UMNO Sabah itu bukan sahaja menggunakan wang itu untuk kepentingan politiknya (sebagaimana dia berikan sebagai alasan) lebih dari kegunaan peribadinya. Wang itu juga turut digunakannya untuk membiayai perbelanjaan ahli-ahli keluarganya.
Nampaknya BN cuba mengatakan bahawa kaedah yang digunakan oleh negara-negara bertamadun yang lain untuk mempastikan keboleh-percayaan tidak dipedulikan oleh BN, kerana kita boleh percaya pada mereka bahawa mereka tidak menerima sebarang wang rasuah!
Lim bersaudara mempunyai banyak lesen dan konsesi yang diterima mereka dari Yayasan Sabah yang dipengerusikan oleh Musa Aman (yang juga Ketua Menteri Sabah dan juga Pengerusi UMNO Sabah). Hasil-hasil kajian kami mendapati bahawa syarikat-syarikat Maxland Sdn. Bhd., Cergas Kenari Sdn. Bhd dikendalikan oleh Priceworth Industries Sdn. Bhd. dimana Andrew Lim merupakan ketua mereka. Lim juga merupakan pengawal dan pengendali bagi banyak syarikat pembalakan di Sabah.
Andrew Lim dan saudaranya Freddy Lim juga berada di sebalik agen-agen pembalakan Wayco Enterprise Ltd, yang berpangkalan di Hong Kong dan syarikat Hillywell Inc adalah pembayar berjuta-juta dollar ke dalam akaun-akaun UBS Michael Chia. Pembayaran-pembayaran ini telah ditimbulkan oleh pihak ICAC Hong Kong dalam siasatan-siasatan mereka.
Jika ianya bukan suatu kesalahan dengan berjuta-juta dollar yang didermakan kepada UMNO Sabah (yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Musa Aman) diterima daripada kroni-kroni pembalakan yang telah dianugerahkan lesen-lesen pembalakan dari Lembaga Pengarah yayasan Sabah (yang juga dipengerusikan oleh Ketua Menteri Musa Aman), kenapa pula Perdana Menteri membiarkan Sarawak Report menerbitkan semua ini?
Musa seharusnya mengumumkan mengenai para penyumbang dananya dan dia seharusnya merasa bangga bahawa UMNO Sabah mendapat faedah dari berjuta-juta wang sogokan untuk mendapatkan lesen-lesen pembalakan memusnahkan saki-baki hutan dara dan bahawa mereka gembira mengharapkan ketibaan wang yang cuba diseludup masuk ke Sabah oleh Michael Chia (yang mendapat banyak lesen pembalakan dan mempunyai banyak kereta mewah, telah banyak kali mengakui bahawa dirinya adalah seorang yang buta huruf dalam mahkamah).
Syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan kroni pembalakan dari Sarawak, Ting Pek Kiing juga pernah menerima banyak lesen pembalakan dari Yayasan Sabah. Dalam pada itu, syarikat-syarikat lain yang dikaitkan dengan kroni ini juga turut bermurah hati menyumbangkan dana ke dalam akaun-akaun Michael Chia yang menjadi punca kewangan RM40 juta untuk dibawanya kepada Musa dalam tahun 2008.
Simon Ling Ding Dieng adalah sepupu Ting Pek Kiing yang juga rakan niaganya yang turut menerima lesen-lesen pembalakan, dan begitu juga seorang lagi kroni pembalakan yang bernama Ngui Ing Chuan.
Maka, tidak hairanlah bagi Ngui Ing Chuan dan anak Ting Pek Kiing, Peter Ting Sie Huong merupakan pemegang utama saham-saham dalam syarikat Borion yang telah menyumbang dana yang besar ke dalam akaun-akaun Michael Chia, yang kemudiannya dikeluarkan untuk dijadikan dana kepada Pengerusi UMNO Sabah, Musa Aman!
Edmond atau Admond Looh Boon Chai adalah Ketua pengarah Eksekutif dalam Java Industries sehingga 2010 dan merupakan penerima banyak lesen dari Yayasan Sabah menerusi banyak syarikatnya.
Looh juga merupakan pengawal atau pengendali banyak syarikat yang telah menyumbangkan banyak dana ke dalam jaringan syarikat-syarikat yang dikendalikan oleh Michael Chia bagi pihak Musa Aman (sebagaimana yang telah diakui). Pihak SPRM kini mempunyai bukti-bukti banyak pembayaran yang dibuat oleh syarikat-syarikat kendalian Looh, lagi pun Looh juga merupakan penerima banyak lesen pembalakan dari Musa Aman dalam kapasitinya sebagai Pengerusi Yayasan Sabah.
Sebenarnya banyak wang telah dialirkan dari syarikat-syarikat milik Looh ke dalam akaun-akaun Micahel Chia selama beberapa tahun dan semua mahlumat ini ada pada pihak SPRM!
Ini merupakan jawapan pelik Perdana Menteri pada hujung minggu ini:
“Setiap parti politik berhak menerima sumbangan politik,” katanya, katanya, sebagai menambah bahawa sumbangan politik dilakukan dengan cara yang betul
.
Perdana Menteri Najib enggan mengulas lebih lanjut punca kewangan itu dan turut menambah bahawa parti pembangkang juga menerima sumbangan dana politik. “Pembangkang juga menerima sumbangan dan mereka tidak mengisytiharkannya,” [New Straits Times]. Pengakuan-pengakuan sedemikian seharusnya diuji di mahkamah.
Perdana Menteri Najib enggan mengulas lebih lanjut punca kewangan itu dan turut menambah bahawa parti pembangkang juga menerima sumbangan dana politik. “Pembangkang juga menerima sumbangan dan mereka tidak mengisytiharkannya,” [New Straits Times]. Pengakuan-pengakuan sedemikian seharusnya diuji di mahkamah.
Sumber : SR
Kedahkini
3 ulasan:
memang patut pun musa terima derma dari sipenderma tu sebab untuk parti dan peribadi,tidakalh seperti dap pkr dan pas menerima dana dari yahudi untuk peribadi dan menghancurkan MALAYSIA.
memang patut pun musa terima derma dari sipenderma tu sebab untuk parti dan peribadi,tidakalh seperti dap pkr dan pas menerima dana dari yahudi untuk peribadi dan menghancurkan MALAYSIA.
Mana ok ambik yahudi atau bagi duit kat yahudi?
Catat Ulasan