Bengang dituduh menyalahgunakan kedudukannya untuk mendapat projek, tak pasal-pasal sanggup selak kain sendiri!
Begitulah gelagat yang ditonjolkan bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Jalil yang memberitahu, perbuatannya menyinsing lengan baju dan bersedia untuk menyelak kain merupakan "budaya Melayu".
Ketua Wanita Umno itu tanpa segan silu menjawab demikian ketika disoal peguambela, Ranjit Singh yang mewakili anak guamnya, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.
Jelas Shahrizat, perlakuannya semasa berucap pada Perhimpunan Wanita Umno 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu kerana beliau bersemangat memberi ucapan.
Katanya lagi, perbuatan itu adalah satu budaya bagi melambangkan persediaan untuk ‘bergaduh’.
“Sebagai wanita Melayu, terutamanya saya dari Pulau Pinang, itu cara kita (Melayu) kalau dah nak marah.
“Itu menunjukkan jika mereka bersedia bergaduh, saya juga bersedia,” katanya.
Sebelum itu, Ranjit menayangkan video ucapan Shahrizat yang menunjukkan beliau menyinsing lengan baju dan beraksi untuk menyelak kainnya selama 10 minit menyebabkan hakim tersenyum melihat gelagat tersebut.
Video yang dipetik daripada portal media Umno itu mencetuskan rasa tidak puas hati kira-kira 20 penyokong wanita Umno.
Reaksi tersebut ditegur Hakim Vazeer Alam Mydin Meera.
Sejurus rakaman itu memaparkan Shahrizat menuduh Rafizi sebagai ‘si Tanggang’, Ranjit menyoal adakah ia ditujukan kepada anak guamnya, Rafizi yang mendapat biasiswa daripada Petronas.
“Saya bukan cakap terus kepada defenden satu, tapi nama Hafizi, Mafizi itu ada di seluruh dunia.
“Saya mengambil contoh si Tanggang kerana saya melihat generasi ini sebagai ibu akan beri nasihat kepada anaknya. Si Tanggang saya nampak apa yang defendan satu (Rafizi) buat,” ujarnya.
Untuk mengelak jawapan Shahrizat makin memalukan, peguam mewakili plaintif, Muhammad Shafee Abdullah menyifatkan isu si Tanggang tidak releven disoal.
“Apa relevannya tanya isu si Tanggang kerana ia merupakan cerita Melayu lama-lama,” tempelak beliau.
Perbicaraan disambung semula 18 Mac 2013 diikuti April dan Mei.
Vazeer dalam kamarnya berkata, saksi lain akan dipanggil pada sesi itu.
2 ulasan:
mak cik Izat, saya nak tempah 20 ekor lembu minggu ini kerana nak buat korban, harap dapat maklum balas, kalau boleh saya nak lembu yang tinggal di kondom....., ok. terima kasih.
Memang betoi, budaya Melayu memang suka melucah, cakap lucah, cerita lucah, tunjuk benda lucah, selak kain dan macam2 lagilah.... Tapi tu semua kerja Melayu UMNO La, tak kira jantan betina asal Melayu UMNO perangai macam tu la. Kalao Melayu Islam tak buat semua perangai buruk tu.......
Catat Ulasan