17 Oktober 2012

Panas ! Kisah SUK...Perangai Macam Kepala B***h...!!!

Kalau Agong tau perangai Rasli macam ni, dah lama Rasli dipecat!
Oleh: Mat Kering Bakaq Bata

Walaupun isu Dato’ Rasli ni bukan bidang MK, tapi naik geram pula aku bila tengok sorathabag Utusex Meloya harini main isu kononnya lawan Rasli bermakna lawan Agong yang lantik Rasli. MK tak nafikan Sultan Kedah merangkap Yang DiPertuan Agong yang keluar watikah lantik SUK tapi dakdak tercatat dalam watikah tu bahawa Rasli dibenarkan buat apa saja kejahatan dan boleh berselindung di balik Agong.

Sehingga hari ini MK difahamkan bahawa Agong masih belum dapat gambaran sebenar isu Rasli Basir sebab isu ni digelapkan TV3. Berdasarkan pengalaman lalu semua isu yang masuk TV maksudnya sampai ke pengetahuan Tuanku maka baginda akan panggil MB minta penjelasan, apabila MB tak dipanggil beliau tak berpeluang bagi penjelasan isu Rasli.


MB berusaha nak jumpa Agong sejak beberapa bulan lalu tapi sampai lanie takleh jumpa lagi sebab dikatakan disekat oleh Rasli yang guna orang suruhannya yang dekat dengan baginda tak proses permohionan MB nak jumpa Agong, sedangkan Agong bukan payah sangat nak terima mengadap oleh MB, masa belum jadi Agong tiap-tiap minggu sebelum mesorat Exco MB wajib mengadap Tuanku.

Janganlah mudah-mudah nak burukkan Agong kononnya Agong restu semua kerja jahat Rasli. Agong perlu diberitahu bahawa Rasli suka ponteng mesyuarat Exco. Contoh terdekat, dua mesyuarat berturut2 yg terakhir ni dia tak hadir. Salah satu yang tak hadir tu ialah kerana dia pi mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Hotel Seri Malaysia. Kerajaan negeri adalah pemegang saham minor dalam Seri Malaysia, dia hadir pun tak genap tak hadir pun tak ganjil sedangkan kehadirannya dalam mesyuarat Exco 1000 kali lebih penting.

Warga Wisma Darulaman tau Rasli juga jarang hadir perhimpunan bulanan di Wisma Darulaman, MB Exco berbaris panjang di hadapan tapi muka SUK nak nampak... macam nilah nak tunjuk contoh kat kakitangan bawahan. Rasli hampir tak pernah hadir di kesemua majlis rasmi yang ada MB kecuali dengan kehadiran Tuanku Sultan atau pihak istana, mungkin nak tunjuk muka untuk sambung kontrak.

Sejak kontak Rasli direnew Jun 2011, tahukah anda hanya sekali Rasli kepejabat MB untuk berbincang isu pentadbiran itupun atas kehendak MB. Sedangkan masa Dato’ Syed Unan dulu kehadiran beliau dipejabat MB sudah jadi rutin dan kewajipan, kadangkala sehari sampai dua kali datang bertemu MB. Dia tak sedaqkah kata dia tu bekerja di bawah MB?

Sebagai ketua kepada beribu kakitangan awam Kedah, tugasnya dalam mesyuarat Exco ialah melaksanakan dasar atau apa-apa ketetapan yang dibuat oleh mesuarat Exco tapi tahukah anda mana-mana ketetapan yang bercanggah dengan kepentingan peribadinya tidak ditunaikan.

Keputusan Exco mahu Faisol kekal di Kubang Pasu dan Dato’ Aziz kekal di Kuala Muda cuma satu contoh yang dilawannya. Mesyuarat Exco pernah buat keputusan tukar YDP MPSPK Rozaina Radzi juga tak diendahkannya hanya kerana Rozaina anak penakannya serta dipercayai untuk menutup penyelewengannya dalam isu kompleks MPSP. Di zaman BN dulu JKKK pun boleh arah SUK tukaq pegawai, SUK akan ikut kerana menghormati parti yang memerintah, tapi lanie keputusan mesyuarat Exco pun tak dipatuhi oleh SUK bernama Rasli.

Rasli tak pernah keluar surat pekeliling kepada DO seluruh negeri mengenai dasar kerajaan negeri yg tidak keluarkan lesen baru pusat hiburan. Rasli tak ikut arahan MB dan exco supaya buat penguatkuasaan terhadap pusat hiburan. Akibatnya tanpa pengetahuan MB dan Exco, DO tertentu luluskan berlambak2 pusat hiburan, kesempatan diguna oleh UMNO untuk serang kerajaan negeri. Macam nilah... Rasli tolong lambung bola suruh UMNO smash.

Rasli juga tak beri kerjasama jayakan Skim Kafalah, antara kejayaan besar kerajaan Kedah. Sekat dan sabotaj keliling supaya bayaran skim Kafalah terhalang. Akibatnya MB ambikalih kerja Kafalah letakkan urusan di bawah pejabat MB sebab tak mau gaduh2 dengan SUK, tapi Rasli tetap lambatkan bayaran dia pi sekat tang lain pulak, sampai ramai MKK marah kerajaan negeri apabila mereka ‘diserang’ oleh org kampong lambat terima duit Kafalah.

Projek kampus induk KUIN nak pinjam duit bank, dah buat keputusan mesyuarat Exco percepatkan ubah syarat tanah dari milik PKNK kepada milik SSI (SUK diperbadankan) supaya tanah boleh dicagar untuk pinjaman bank. Rasli buat bodo tak proses benda tu, bila mai mesyuarat Exco dia buak pekak badak... berlarutan sampai 14 bulan baru buat pindahmilik, baru dapat pinjaman, sedang projek dah lama berjalan. Akibatnya barang naik harga, harga projek melambung dari quotation asal terpaksalah pelan untuk membina asrama dlm kampus dibatalkan.

Begitu juga proses memajukan Aman Central, Rasli peram sampai setahun lebih jugak. Bila pi rujuk kat dia, dia bagi alasan “ada beberapa perkara yang tak setel nii” wal hal dalam mesyuarat exco haram sepatah dia tak kata apa. Akhirnya Dato’ Amiruddin menyebai pi hempas fail atas meja MB, tak mau buat dah, MB pun tekan jugak2 Rasli barulah projek tu berjalan.

SUK kepala b***h apa mcam ni...patutnya SUK laksanakan dasar dan arahan dari pihak berkuasa negeri yang memerintah yang dipilih secara sah oleh rakyat tapi kerja Rasli sebagai SUK ialah sabotaj kerajaan negeri sepanjang jalan.

Persoalannya kalau Yang DiPertuan Agong tau perangai Rasli macam ni... cha hangpa pikiag tengok adakah baginda akan terus kekalkan Rasli?


Sumber : Kedahla

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cuba MK pi siasat bala' ni, dia jadi ahli umno cawangan mana. pas tu suruh bala' ni berhenti dan bertanding jadi calon umno dalam PRU akan datang. aku nak haba' kat MK, dulu masa PR perentah Perak sepuluh bulan lagu tu lah perangai suk Perak masa tu, namanya abdul rahman hashim. depa ni jadi anjing barua umno.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...