25 Mei 2012

Umno Sedang Rekrut Gangster untuk Mengganas


Umno kini sudah makin terdesak, umno kini sudah semakin rosak, apakah umno ini yang dibangga-banggakan oleh orang melayu?

Apakah Umno masih releven bila umno kini sudah jadi parti untuk gangster?, umno kini sudah jadi parti yang menggalakkan pergaduhan, mengapa "tukanglawan" kata demikian?.

Sebelum ini kita sudah tahu bahawa umno sering mengganggu ceramah pakatan rakyat, dari jalan kebun ke Melaka, dan kini melarat ke ibu negara, tiada siapa pun dalam umno mampu menghalang kemaraan umno ini.

Malam tadi batu dan telur berterbangan lagi di ceramah Pakatan Rakyat, mengakibatkan seorang warga emas cedera di kepalanya.

Sekarang kita lihat siapa yang ganas, jika sebelum ini TV3 suku milik umno cuba menggambarkan penyokong pakatan rakyat itu ganas, sekarang lihatlah rialiti ini.

Insiden malam tadi berlaku kira-kira jam 11 malam ketika Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berucap di satu majlis ceramah di Apartmen Pantai Permai, Kuala Lumpur, yang terletak dalam kawasan parlimen PKR di Pantai Dalam.

Secara tiba-tiba batu dibaling dari kawasan ceramah Umno di kuarters Dewan Bandaraya Raya Kuala Lumpur (DBKL) Pantai Dalam yang terletak bersebelahan.

Sudahlah DBKL kini menjadi barua umno, tidak kisah lah mereka mahu ceramah dimana sekali pun, hatta di sri perdana rumah rasmi Pm pun.namun umno juga telah merekrut lebih ramai barua dan samseng untuk menjadi pengacau kepada pihak lain. itu masalah besarnya.

Dalam kejadiaan malam tadi juga ceramah pakatan rakyat telah disabotaj, bekalan elektrik ke majlis ceramah itu didakwa telah diputuskan dan disambung semula secara tergesa-gesa.

Samseng-samseng yang direkrut umno ini pula malangnya adalah anak-anak muda yang sepatutnya bangkit dan berusaha mencari haluan hidup, tapi malangnya telah diperguna dan diperbodohkan sehingga hilang adap dan tidak tahu hormat majlis orang lain.

Terdahulu, kira-kira 80 orang yang berpakaian baju-T merah, berkumpul di luar tempat Anwar berceramah, sambil melaungkan "Tibai (Tolak individu Bernama Anwar Ibrahim).", mereka ini adalah rekrut baru umno yang terdiri dari remaja baru habis sekolah yang sepatutnya berusaha memperbaiki hidup mereka, cari peluang belajar atau sekurang-kurangnya mencari jalan hidup yang lebih baik.

Remaja kini diperbodohkan dengan upah RM10-RM20 semata-mata direkrut jadi samseng berlesen milik umno.Persoalannya apakah ada antara rekrut samseng umno itu ahli keluarga kita?, apa masalah mereka hingga sanggup jadi ganas kerana menyokong umno? malang bila remaja diperbodohkan sebegini rupa.

Balik pada soalan awal tadi, apakah anda masih rasa umno ini releven?, apakah umno ini bawa kebaikan kepada rakyat atau sedang menjadi barah menghancurkan malaysia dengan merekrut remaja menjadi gangster berlesen.

Mereka ini sudah lupa , rakyat memandang, informasi disebarkan, dan ini membawa umno lebih dekat kepada lubang kubur yang mereka gali sendiri.

Dimana polis, apakah samseng ini akan diambil tindakan atau dibiar lepas begitu saja, atas alasan mereka penyokong umno?

Berikan pendapat anda... sebarkan informasi ini kerana ianya sangat penting

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...