26 Mei 2012
Pengundi Semporna marahkan SHAFIE ABDAL...asyik melayan Zahida?
Janji-janji kosong wakil rakyat Semporna membuat rakyat daerah ini tdak lagi yakin dengan kepimpinan beliau. Banyak jalan-jalan didearah ini tidak diselengara dengan baik seperto jalan utama Kampung Ayer di hadapan rumah Tun Sakaran ini telah dilaporkan kerosakannya sejak tahun lalu di media masa termasuk SabahkiniTV (TONTON VIDEOKLIP DIBAWAH), namun tiada sebarang diambil untuk memperbaikinya, sama ada oleh Jabatan Kerjaraya, Majlis Daerah Semporna, ADUN dan Ahli Parlimen yang sebelum ini berjanji akan mengatasi masalah ini.
Maka benarlah kata orang bahawa kuasa harta dan wanita mengatasi kuasa warga; buktinya ada pemimpin yang sanggup menyerahkan wang tunai RM1.5 juta, rumah bernilai RM4 juta, kereta bernilai RM1 juta dan belanja bulanan lebih RM100,000 kepada gundik dan artis; tetapi tidak mampu menggantikan sekeping papan jambatan atau menampal lubang aspal.
Jalan yang terletak bersebelahan Masjid Daerah ini telah lama rosak namun terbiar begitu sahaja sehingga menyusahkan penduduk Kampung Ayer yang mempunyai pengundi paling ramai bagi DUN Senallang, DUN Bugaya dan juga Parlimen Semporna.
Kampung Ayer adalah kampung tradisi yang dihuni oleh penduduk asal Daerah Semporna, pernah dan sedang diwakili oleh hampir semua Adun dan Ahli Parlimen Semporna kerana sehingga ke hari ini rumah-rumah asal Wakil Rakyat berkenaan masih ada di sini walaupun majoriti mereka telah berhijrah dari kampung ini.
Namun, benarlah kata orang sifat manusia yang lupa daratan memang masih wujud di zaman moden ini, maka dakwaan pemimpin masyarakat Semporna sebelum ini bahawa wakil-wakil rakyat berkenaan hanya menaburkan janji 'KOSONG' dan 'PEMBOHONG’ adalah tepat.
Jesteru itu saya mewakili penduduk di kawasan berkenaan yang mempunyai pengundi hampir 2,000 orang supaya jangan lagi memilih wakil rakyat yang tidak peka kepada kehendak rakyat dan suka bercakap bohong walaupun telah diberi peluang selama tiga atau empat penggal.
Pilihlah saya sebagai Wakil Rakyat baru kerana mereka telah diberi peluang seluas-luasnya oleh rakyat dan telah diberi sebesar-besar kuasa oleh kerajaan sehingga menjawat menteri penuh kabinet Sabah dan Persekutuan sejak berpuluh tahun lalu, namun isu sekecil jalan Kampung Ayer ini pun tidak dapat diselesaikan.
SabahKiniTV - EMPAT TOKOH BERANI dari Semporna mengeluarkan EMPAT ISU dari kacamata dan pengalaman mereka tentang pentadbiran dan hala tuju politik Daerah Semporna yang mereka sayangi. Pendedahan berani oleh ini wajar diberikan perhatian oleh semua penduduk di Semporna, Sabah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan