23 Mei 2012

Mangkuk Ayun nie Zamhuri akan dipecat dari UMNO!!!


Lepas yob nie mengamuk haritu memang rating beliau cukup hebat...tapi banyak Blogger pandang sinis saja kelakuan dia nie. Gua ada tanya blogger dari Perak punca dia mengamuk kerana masa banjir di Kampar haritu dia ada bekalkan pasir dan bahan binaan kepada mangsa banjir, lepastu bila dia minta bayaran dari UMNO bahagian tak dapat, khabornya itu punca utama dia mengamuk.

Kat bawah nie gua ambik dari blog pro Amno...kalau dia kena pecat ahli AMNO dia nie sesuai ganti IBRAHIM ALI.....apa macam ade ngam tak?


Saya Masih Setia Pada UMNO Zamhuri Pohon Maaf ( DARI BLOG PRO AMNO)

Bukan kerana terlalu bencikan dia tetapi kerana perangai HIPOKRIT KEJAR PROJEK MASUK UMNO, yang selama ini seringkali kerap dikaitkan oleh pembangkang, begitu menebal dengan muka dan perangai mangkuk hayun dari Perak ini.

Beberapa hari lepas, bukan main lagi berkokok dia menyokong DAP. Siap ada bendera DAP. Siap ada jeritan HIDUP DAP! Siap ada ditemankan oleh Nizar Jamaluddin dan Sivakumar Tronoh.

Puncanya, dia tak dapat projek pasir.

Tetapi dengar khabarnya dia ni Gred N48. Maknanya, dia kakitangan kerajaan. Kalau dah kakitangan kerajaan, jadah apa dia merungut dan bising-bising sebab tak dapat projek?

Itu dengar khabar... yang ni sah khabar!

Dia marah sebab sokongannya kepada UMNO selama lebih dua dekad tidak memudahkan dia mendapat projek pasir. Jadi, untuk melepaskan geram, dia marahkan kerajaan negeri Perak dan berlakon konon-kononnya dia marahkan Zambry Abdul Kadir menerusi telefon, walaupun akhirnya pecah rahsia, dia sekadar berlakon dan bukannya menghubungi Zambry pun!

Semalam, UMNO Perak telah meminta UMNO Pusat untuk memecat keahlian mangkuk hayun itu. Hari ni, mangkuk yang kuat melalak depan kamera, cuba berlakon baik pula. Tapi walau apapun lakonannya, dia sebenarnya telah menempah keahliannya dalam parti selain UMNO.

Eloknya UMNO tidak langsung memberikan ruang kepada makhluk ini. Makhluk-makhluk seperti inilah yang digelarkan sebagai makhluk PARASIT.



oleh : Warekganal

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...