23 Mei 2012

UMNO-BN..Lantik ‘Sub-kontraktor’ lawan oposisi


Seronok bila kita lihat gelagat kumpulan-kumpulan pro-UMNO yang tidak habis-habis menibai parti oposisi dengan macam-macam tomahan dan fitnah yang tidak masuk akal.

Tatkala masyarakat Malaysia sudah memahami erti persaudaraan dan kerjasama Bangsa Malaysia, UMNO-BN masih lagi dengan agenda memecah-belahkan rakyat.Menakutkan Melayu dengan bukan Melayu, melaga-lagakan antara agama … ini semua kerja yang penjajah British pernah buat dahulu.

UMNO pecah-belahkan kesatuan rakyat

Pecah-belahkan rakyat dengan fitnah ini kerja jahat. Tetapi gabungan oposisi dalam Pakatan Rakyat yang bergerak untuk sedarkan rakyat tentang salah guna kuasa dan diskriminasi UMNO-BN dan memilih kerajaan yang lebih telus adalah satu usaha suci. Apa yang salahnya?

Fitnah dan tomahan terhadap Pakatan Rakyat bertujuan bukan untuk mendidik masyarakat tetapi cuma untuk memecah-belahkan kesatuan hati rakyat Malaysia yang makin sedar tentang kebejatan UMNO dan pemimpin-pemimpin mereka.

Bak kata orang, inilah jadinya bila sudah tidak ada modal bercakap sampaikan berfikir pun tak boleh…Macamlah rakyat kita sekarang tak pandai berinternet.

UMNO dan projek ‘ali baba’

Hal kumpulan-kumpulan pro-UMNO ini sama sahaja macam kontraktor bumiputera yang mengalibabakan projek yang mereka dapat daripada kerajaan negeri.
Maka, keluarlah macam-macam nama ‘syarikat enterprise’ seperti Perkasa, Jati, Tibai dan sebagainya.

Mungkin disebabkan UMNO-BN sendiri tidak terjawab dengan masalah kronisme, rasuah, salah guna kuasa dan diskriminasi, satu-satu cara yang tinggal bagi mereka ialah berdiam diri dan melantik puak lain untuk bersuara mewakili mereka.

Inilah kerja pengecut.

Perkasa melawan DAP, Jati melawan PAS, TIBAI melawan PKR. Samalah jugak konsepnya dengan buat projek alibaba. Ada dapat sub elektrik, ada dapat sub plumbing, ada dapat sub mengecat…

‘Alibaba’ satu hal, yang satu hal lagi seolah-olah UMNO dan kumpulan-kumpulan ini kelihatan sudah tidak keruan.

UMNO-BN tuduh DAP anti-Islam, tapi peruntukan untuk pentadbiran Islam di Pulau Pinang semasa BN cuma 12 juta, sekarang di bawah PR ialah RM64 juta…


UMNO-BN tuduh PAS parti ekstremis Melayu-Islam, bila PAS bekerjasama dalam PR, dia tuduh pula PAS gadaikan Islam…

UMNO-BN tuduh PKR di Selangor kuat korup, tetapi ketua audit Negara sendiri memuji pentadbiran PR di Selangor. Tengoklah siapa yang sangkut isu rumah RM24 juta di Shah Alam!

Jadi, mereka nampaknya sudah tidak ada modal, perkara yang dilihat ‘relevan’ untuk menutup kelemahan mereka sendiri ialah dengan terus-menerus memainkan isu ‘moral’ pemimpin utama oposisi. Siapa pun boleh mendakwa itu dan ini.

Bukan politik bijak

Kalau mau, siapa pun boleh bariskan skandal-skandal pemimpin UMNO … buat master plan dan petik saja nama-nama tertentu.Akan tetapi, ini bukan politik yang matang. Kata cerdik pandai, pedang lawannya pedang, idea lawannya dengan idea, barulah bijak.

Makin hari, rakyat makin muak dengan mainan politik lucah dan busuk pemimpin-pemimpin UMNO-BN ini.

Apapun kita rasa hairan juga. Yang nak bertanding pilihanraya ialah UMNO-BN, tetapi yang kuat buat kerja burukkan orang ialah kumpulan-kumpulan lain.

Harap-harap nanti tidaklah melopong, dapatlah wakil TIBAI, JATI dan PERKASA bertanding atas tiket BN…

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...