08 Februari 2012

TERKINI!!! SHAHRIZAT JALIL MELAWAT PEJABAT SPRM?

TERKINI!! SHAHRIZAT JALIL SEDANG DISIASAT SPRM!!

Ketua Wanita Umno-APCO yang dikaitakan dengan skandal Pusat Feedlot Nasional (NFC), Shahrizat Jalil kini sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Shahrizat tiba di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya jam 4 petang tadi dan baru selesai disoal siasat pasukan khas yang ditubuhkan untuk menyiasat skandal tersebut.

Sebelum itu, Pengarah Startegi PKR Rafizi Ramli hari ini mendedahkan bahawa keluarga Shahrizat membeli dua buah lagi kondominium mewah di Marina Bay Suites, Singapura dengan harga lebih RM34.6 juta (SGD15.8 juta).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu yang kembali bertugas hari ini selepas bercuti selama tiga minggu, telah dipanggil ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.

Menurut seorang saksi, Shahrizat - yang merupakan ketua Wanita Umno - tiba sekitar jam 4 petang.Dipercayai beliau sedang disoal siasat berkaitan dengan siasatan yang sedang berjalan terhadap skandal National Feedlot Corporation, yang didakwa melibatkan anggota keluarganya.

NFC dipengerusikan oleh Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail - yang merupakan suami Shahrizat.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...