09 Februari 2012

”budaya Umno bukan saja terdapat dalam Umno..tapi terdapat juga dalam Pas dan PKR.”

Pas Ulu Kinta yang rasis


Bila aku buat kerja..aku tak ada masa nak menulis.
Tapi kalau aku asyik menulis..bila masa nak buat kerja.Dalam sebulan dua ni..aku banyak turun padang. Macam la orang nak bertanding dalam pilihanraya.
Aku tak rasa apa-apa..sebab aku buat kerja-kerja untuk menjatuhkan Umno. Tapi yang heran..orang Pakatan pulak yang ramai tak percaya kat aku!!
Ada yang kata…ABU pemecah undi. Hey!! Sapa yang nak bertanding? ABU bukan parti politik yang nak bertanding dengan BN atau Pakatan! Ramai orang Pakatan yang ingat macam tu sebab ada PRM, PSM dan HINDRAF yang menyokong ABU.

Dalam ABU..semuanya sepakat untuk menjatuhkan Umno. Dan kalau Umno yang jatuh..sapa yang akan untung? Bukan ABU sebab ABU bukan parti politik yang nak bertanding. Tapi bila kita dah berjaya tarik orang untuk membenci UBN..Pakatan kena la ambil peranan untuk menggunakan peluang yang dah terhidang. Tapi kalau yang tu pun tak boleh..tok sah harap la nak menang. Kita boleh tarik kuda ke tepi sungai..tapi kita tak boleh la paksa dia minum.

Orang yang sempit pemikiran akan menganggap ABU sebagai ancaman kepada Pakatan. Orang yang terbuka pemikiran..akan mendapat keuntungan.Seboleh-bolehnya…aku tak mau tulis benda ni…tapi pasai ramai yang masih lagi mangkuk hayun tak tau bahasa..aku kena tulis jugak.

Dalam banyak-banyak kajian..sama ada dibuat oleh pengkaji bebas ataupun orang parti sendiri, masih banyak tempat yang ditandingi oleh Pakatan masih lemah. Bagi orang-orang yang betul-betul buat kerja, depa tau dimana kelemahan tersebut. Tapi bagi kaki politik kedai kopi..labun memang hebat. Bila cakap..”kita boleh dapat 70%…80%.” Cukup yakin nak menang. Bila aku suruh convert percentage to figure…dia kantoi.

Dikebanyakan tempat…secara amnya, undi orang-orang India masih lagi berada ditengah-tengah. Ramai yang belum buat keputusan. Dan disinilah peluang yang perlu di raih oleh Pakatan. tapi seperti yang pernah dijelaskan oleh Chegu Bard..”ABU bukan sokongan bersifat cek kosong“. Orang tak akan memberikan undi secara membuta tuli lagi dah.
Bulan lepas, aku cuba bantu Pas Bukit Gantang dan Bruas. Alhamdulillah…hangpa pi tanya kat Zainal di Trong ataupun Ustaz Isham di Pengkalan Baru..apakah hasilnya. Persefahaman boleh diperolehi sekiranya kita mahu berbincang. tapi kalau kita mengambil sikap berkonfrontasi..kita juga yang rugi.

Keuntungan yang diperolehi oleh Pas Bukit Gantang dan Pengkalan Baru kerana mereka mempunyai sifat yang terbuka dan bersedia memperbaiki kelemahan. Tapi bagi Pas Tambun dan khusunya Pas Ulu Kinta…terbalik pulak.
Mungkin pandangan yang tertulis bukan pandangan rasmi Pas kawasan…tapi bila ianya ditulis dengan menggunakan nama “Pas Ulu Kinta”..ia seolah-olah pandangan rasmi Pas kawasan. Tambahan pula, yang menulis itu adalah webmaster Pas Ulu Kinta.
Apa yang Pas Ulu Kinta sebut?

Pada 7 Februari, Cenangau membuat satu posting tentang tuntutan Hindraf kepada Najib. Dan apa yang ditulis oleh Cenangau aku anggap fair and square. Aku tulis komen supaya dapat difahami kumpulan manakah yang membuat tuntutan tersebut supaya jelas.
Setakat komen-komen lain yang agak keras, aku tak berapa kisah..tapi bila ditulis oleh Pas Ulu Kinta…itu tak patut. Kalau nak tulis macam tu..pakai nama lain la.

Pas Ulu Kinta bersetuju dengan Mahathir yang tak bagi peluang kat orang Cina dan India. Tapi tak setuju dengan Najib yang bagi muka kat orang India. Hangpa tau ka apa yang hangpa cakap ni?
Kalau nak marah kat Hindraf/HRP..marah la kat depa. Pasai apa yang nak kutuk Hindu? Kalau orang Cina dan India marah kat PERKASA…dan kutuk semua Melayu hangpa marah tak? Kalau orang Kristian marah kat Hasan Ali dan kutuk semua orang Islam hangpa marah tak?

DUN Hulu Kinta terletak dalam Parlimen Tambun. Dalam PRU 2008, Pas bertanding di DUN Manjoi dan PKR bertanding di Hulu Kinta.

Di Manjoi.. terdapat 4423 (9.2%) pengundi India yang majoritinya beragama Hindu dan merekalah yang banyak memberikan undi kepada PAS sehinggakan Pas tewas hanya dengan majoriti 348 undi.
Di Hulu Kinta, terdapat 5,209 (15%) pengundi India dari sejumlah 34680 pengundi. Kalau inilah sikap orang Pakatan Rakyat…hangpa ingat boleh menang ka?
Pas Hulu Kinta perlu meminta maaf kepada pengundi India kerana menggunakan kata-kata yang cukup rasis.
Ini yang aku katakan…”budaya Umno bukan saja terdapat dalam Umno..tapi terdapat juga dalam Pas dan PKR.” -MSK

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...