10 Februari 2012

SAH RAJA PETRA SUDAH GILA!!!

RPK Naikkan Isu Lama Untuk Menangkan Najib


Hairan seratus kali hairan. Semenjak 2009 lagi, pengurusan KSSB dipantau oleh kedua-dua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Transparency International (TI).

Malahan, dua orang ahli lembaga pengarah KSSB dilantik oleh SPRM sendiri.

Dengan tuduhan rasuah ini, maka sekaligus Raja Petra menuduh SPRM dan TI terlibat di dalam melindungi rasuah.

Sahlah, Raja Petra dah sewel dan kewarasannya sudah hilang.

Nasihat saya kepada Raja Petra, kalau dah gian sangat untuk membodek Najib Tun Razak, janganlah sampai terdedah kebodohan diri sendiri.


(Kenyataan Rasmi Pejabat Menteri Besar Selangor berkaitan tuduhan liar Raja Petra Kamaruddin terhadap pengurusan pasir)

Operasi KSSB Dipantau Transparency International & SPRM sejak 2009

Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil inisiatif bagi memastikan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), syarikat milik penuh Kerajaan Negeri, diuruskan secara telus dan bertanggungjawab.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dibenarkan memasuki secara bebas ke pejabat KSSB sejak 2009 untuk menjalankan siasatan sekiranya perlu.

"Ketika KSSB dikritik pada 2009, saya telah mengadakan perjumpaan dengan pegawai-pegawai kanan SPRM diketuai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Datuk Sutinah Sultan dan menawarkan mereka untuk menempatkan pegawai-pegawai di pejabat KSSB.

"SPRM menerima menerima tawaran ini dan sejak itu pegawai dan kakitangan SPRM bebas keluar masuk ke pejabat KSSB," katanya ketika mengulas dakwaan rasuah melibatkan operasi pasir di Selangor yang disiarkan di sebuah laman blog.

Menteri Besar berkata, semua transaksi perniagaan pasir di Selangor dipantau Transparency International dan dua pengarah bebas badan itu juga dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah KSSB sejak tahun lalu.

"Kita meminta Transparency International mencalonkan dua nama untuk dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah KSSB kerana kita berpendapat, sekiranya lantikan dibuat oleh kerajaan negeri, individu berkenaan mungkin tidak berlaku bebas.

"Transparency International telah melantik Chong Seng Gee dan Sabtu Md Ali untuk menduduki jawatan Ahli Lembaga Pengarah KSSB sejak tahun lalu," katanya sambil menambah, KSSB juga diaudit setiap suku tahun oleh juruaudit bebas.

Menteri Besar berkata beliau tidak akan menghalang sesiapa yang ingin memberi maklumat mengenai rasuah dan salah guna kuasa dalam pentadbiran Kerajaan Negeri dan anak-anak syarikat.

"Kita bersedia menerima maklumat daripada orang ramai untuk membantu Kerajaan Negeri dan anak syarikat supaya lebih telus dan bertanggungjawab. Kita serius membanteras rasuah dan kerana itu kita telah mengambil langkah-langkah tertentu sejak beberapa tahun lalu."

Terdahulu, Menteri Besar menyampaikan Sijil Layak Menduduki (CF) kepada hampir 600 pemilik rumah kos rendah Taman Ukay Indah, Sungai Sering, Hulu Klang, yang disiapkan Kerajaan Negeri selepas terbengkalai sejak sembilan tahun lalu.

"Ini adalah salah satu projek perumahan terbengkalai yang telah kita baik pulih, Sejak mengambil alih Selangor pada Mac 2008 lebih 10,000 pembeli rumah terbengkalai telah menerima rumah mereka. Ada beberapa lagi projek terbengkalai yang 90 peratus telah siap termasuk Sungai Berembang dan Ukay Bistari di Hulu Klang," kata beliau.


Dikeluarkan oleh

SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau sokong PR, bukan main puji melangit lagi. kalau tulis benda tak elok mengenbai PR, kata gila? Poodaaaah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...