05 Disember 2011

Nie baru Melayu hebat, tipu RM18 bilion

Dua bekas pegawai kanan PUNB dipenjara palsukan cagaran bon RM18b

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Dua bekas pegawai kanan Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) didapati bersalah berhubung tuduhan memalsukan dokumen berupa satu cagaran sijil bon bernilai RM18 bilion (AS$5 bilion) syarikat itu lebih satu dekad lalu dengan niat mahu membuat kontrak yang nyata.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif PUNB Ahmadi @ Ahmad Zukni Johari, 70, dikenakan hukuman penjara lima tahun manakala bekas Setiausaha Mohamad Aminuddin Mohamed Zain, 55, dijatuhi hukuman penjara empat tahun.

Hukuman dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan rayuan pihak pendakwa sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Su Geok Yiam menjatuhkan hukuman setelah mendapati tindakan mereka dalam mengeluarkan bon tanpa kebenaran lembaga.

Ahmad Zukni dan Mohamad Aminuddin dituduh bersama memalsukan dokumen pada 13 Oktober 2000 di Wisma UOA II, Jalan Pinang di sini.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah melepaskan dan membebaskan kedua-dua tertuduh pada 27 Januari 2010.

Ahmad diwakili peguam Goik Kenzin manakala Mohamad Aminuddin pula Datuk Mohd Taqiyuddin Yahya.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk’ Abdul Razak Musa yang merupakan Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaaan SPRM mewakili mengendalikan pendakwaan-tmi

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...