07 Disember 2011

Parti KITA sokong PR, kerana BN terlalu Perkauman

KITA ubah pendirian, tak tanding PRU-13


KUALA LUMPUR, 6 Dis ― Parti KITA, pimpinan Datuk Zaid Ibrahim yang ditubuhkan setahun lalu, tidak akan meletakkan sebarang calon dalam pilihan raya umum ke-13.

Berbanding kenyataan-kenyataan sebelum ini, kepimpinan parti itu berkata pihaknya akan menyokong pembangkang.

“Dalam usaha mengekalkan solidariti dalam pembangkang, KITA tidak akan meletakkan calon,” kata satu kenyataan dikeluarkan petang ini.

Dengan menjanjikan sokongan tanpa syarat kepada pembangkang, KITA berkata, kini adalah masa bagi negara membuat pengorbanan.

Pertengahan bulan lalu, Zaid (gambar) berkata KITA mahu bertanding merebut kerusi Parlimen di Selangor pada pilihan raya umum ke-13.

Beliau memberi fokus pada kawasan Petaling Jaya.

“Saya belum buat keputusan muktamad sama ada Petaling Jaya Selatan (PJS), atau Petaling Jaya Utara (PJU),” katanya.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, ita kini telah mengenal pasti beberapa kerusi berpotensi untuk meletakkan calonnya seluruh negara.

Komen : BN kian senak, kerana pemimpin yang ada sekarang mempunyai mentaliti tahun 50an,juga tidak peka segala kehendak RAKYAT. Cakap tak serupa bikin.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...