26 November 2011

RRU PERHIMPUNAN AMAN: KITA LEBIH TERUK DARI BURMA

RUU Perhimpunan Aman: Myanmar ‘lebih bebas’ banding Malaysia


PETALING JAYA, 25 Nov — Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan menegaskan kebebasan rakyat di Malaysia lebih terhad ekoran undang-undang baru perhimpunan aman berbanding di Myanmar, negara Asean yang pernah mempamerkan rekod hak asasi manusia paling buruk.

Ambiga (gambar) berkata, Myanmar telah meluluskan undang-undang baru baru-baru ini yang membenarkan protes jalanan dan syarat-syarat yang jauh lebih kecil berbanding Rang Undang-undang Perhimpunan Aman dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di bawah transformasi politik beliau.

“Sesuatu yang memalukan apabila Burma (Myanmar) boleh mengesyorkan undang-undang yang lebih demokratik berbanding kita,” kata beliau hari ini.

Bekas presiden Majlis Peguam ini berkata, perkembangan itu satu penghinaan ke atas rakyat Malaysia kerana sebelum ini mereka dijanjikan dengan amalan demokrasi yang lebih luas.

“Tetapi sekarang adalah keadaan sebaliknya,” kata Ambiga dengan merujuk kepada janji Najib sempena sambutan Hari Malaysia September lalu.

Parlimen Myanmar, negara didominasi tentera itu telah meluluskan undang-undang minggu ini yang membenarkan rakyatnya mengadakan protes secara aman tetapi hanya memerlukan penunjuk perasaan memaklumkan pihak berkuasa lima hari lebih awal.

Bagaimanapun undang-undang di Malaysia memerlukan penganjur memaklumkan polis 30 hari lebih awal. Protes jalanan dilarang.

Undang-undang Myanmar menggariskan bahawa penunjuk perasaan harus mengelak berhimpun di kawasan bangunan kerajaan, sekolah, hospital dan kedutaan.

Undang-undang Malaysia juga menyediakan peruntukan itu tetapi mengenaikan zon ‘buffer’ 50 meter.

Kawasan larangan itu termasuklah rumah-rumah ibadat.

Ambiga yang mengetuai Perhimpunan Bersih 2.0 pada awal Julai lalu awal minggu ini telah menggesa kerajaan dengan segera menarik balik undang-undang itu jika Najib jujur dalam reformasi politik dan mahu menjadikan Malaysia sebuah negara demokrasi terbaik.-TMI

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...