Ofcom Britain Memulakan Siasatan
Pertubuhan yang mengawal kegiatan media di UK, kini telah mengesahkan bahawa mereka telahpun memulakan siasatan ke atas kegiatan haram FBC Media dan hubungannya dengan kerajaan-kerajaan Malaysia, Sarawak dan negara-negara lain yang dibelengu eksploitasi pemimpin mereka sendiri.
Ofcom bukan hanya mengawas berita-berita terbitan BBC World yang pernah mengeluarkan berita mengenai skandal itu, malah ianya juga turut mengawasi gerak-geri pertubuhan berita CNBC dan CNN dari US, yang beroperasi di UK, yang pernah mengadakan hubungan dengan FBC Media mereka-reka berita tanpa kesahihan bukti.
Pertubuhan media UK yang bebas itu telah membuka laluan dengan menjalankan siasatan berhubung gejala kesalahan rasuah, termasuk kesalahan mengintip panggilan telefon. Strategi yang sama juga telah digunakan untuk menyerang ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim, yang digambarkan sebagai “ekstrimis” Muslim sama seperti kegiatan rakyat Mesir yang bangkit menentang pemerintahan kuku besi Mubarak
Kini Mubarak dan Najib telah sama-sama diketahui bersekongkol dengan FBC Media. Malah Mubarak yang telah diusir keluar dari negaranya sendiri, segala kekayaannya yang tersimpan di luar negara telahpun dibekukan, kerana sumber kekayaannya itu adalah hasil dari titik peluh rakyatnya sendiri.
Negara Britain akan menyiasat Taib Mahmud
Menteri Luar UK, Jeremy Browne, telahpun diberi tanggungjawab untuk memerhatikan kerajaan Malaysia, dan kini beliau telah menandatangani persetujuan untuk menunaikan permintaan Bruno Manser Foundation dan juga Sarawak Report yang kerapkali melaporkan tentang kekayaan haram Taib Mahmud sekeluarga. Kini Britain telah mengumumkan untuk menyertai kerajaan-kerajaan Jerman, Sitzerland dan Kanada, tempat mereka menanam modal dan menyimpan kekayaan. Taib Mahmud diketahui telah membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk menjernihkan imejnya di mata dunia
-SR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan