05 Ogos 2011

BERITA HAIRAN: LAPURAN PERKASA & BLOG TENTANG PENGLIBATAN ISRAEL

Perkasa Gesa Siasat Dakwaan Blog Kaitkan PDRM Dengan Israel
Oleh SUSAN ALBERT KASSIM

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan empat laman blog yang mendedahkan penyelewengan serta penglibatan Israel projek di ibu pejabat PDRM Bukit Aman.

Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris berkata, dakwaan blog-blog itu dikesan sejak lapan minggu lalu.

Katanya, empat laman blog itu adalah Darulehsantoday.blogspot, kerisputera.blogspot, gerakantimur.blogspot dan gerakan-anti-pkr.blogspot.

"Pendedahan ini melibatkan isu serius dan tidak boleh dipandang remeh.

"Kita minta polis dan SPRM siasat kesahihan cerita ini bagi memastikan keselamatan negara dan maklumat sulit kerajaan tidak jatuh ke tangan pihak tertentu," katanya ketika ditemui pemberita di luar perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, Rabu.

Menurutnya, laman blog itu turut mendakwa kononnya seorang lelaki berbangsa Cina terbabit dalam perkara itu dan ada hubungandengan Israel.

"Kita susah nak cakap siapa individu yang disyaki terlibat dalam perkara ini. Mungkin ada berlaku salah guna kuasa. Jadi kita mahupolis dan SPRM menyiasat agar tindakan segera boleh dilakukan," katanya.

Terdahulu, Irwan membuat laporan polis berhubung perkara itu di sini pada pukul 12.30 tengah hari.

Lampiran bukti mengenai pendedahan empat laman web itu turut diserahkan kepada polis.-mSTAR

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...