29 Ogos 2011

ANWAR masih Syaitan?

Bagi Mahathir, Anwar masih syaitan

Membesar di bawah kepimpinan beliau, seseorang akan cenderung untuk mempunyai rasa takut kepada

manusia ini. 22 tahun sebagai Perdana Menteri,sudah cukup memasyhurkan beliau di seantero dunia, perihal baik mahupun jahat. Semasa berkuasa, ramai orang Melayu memandang kepadanya dengan bangga dan rasa hormat. Namun, ketika beliau turun dari kuasa, timbalannya sendiri pun, iaitu Abdullah Badawi sanggup menyerang beliau

Artikelnya terbarunya yang menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengecam Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dianggap kurang berkesan. Pada masa dahulu, rakyat Malaysia mungkin akan teruja membaca artikel beliau yang mengkritik Anwar; yang pada tahun 1990-an cukup popular untuk menggulingkan beliau.

Tetapi sekarang, hujah bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad mungkin membosankan rakyat. Ini kerana kebanyakan rakyat Malaysia telah menjadi lebih arif mengenai DEB dan apa sahaja yang Mahathir katakan tidak akan mengubah fikiran mereka. Malah orang Melayu, mungkin mempunyai pandangan yang berbeza. Sesetengah orang Melayu merasakan bahawa DEB harus kekal seperti yang sedia ada, manakala sejumlah yang sama merasakan bahawa ia perlu dirombak untuk membantu lebih banyak orang Melayu berpendapatan rendah dan bukannya memanfaatkan orang Melayu yang kaya dan hartawan Cina yang ada kaitan dengan Mahathir sahaja.

Masih syaitan

Di mata Mahathir, Anwar masih syaitan yang sibuk berdusta kepada rakyat bahawa DEB hanya memberi manfaat kepada kroni-kroni BN, dan semua kontrak, permit kelulusan dan lesen yang diberikan di atas nama tindakan afirmatif tetap melibatkan rasuah. Beliau juga berkata, Anwar seolah-olah mengatakan bahawa DEB tidak memberi manfaat kepada orang Melayu dan Bumiputera yang lain sama sekali, hanya golongan UMNO elit dan 'rakan-rakan' mereka sahaja.

Walaupun marah, Mahathir harus akui yang Anwar juga betul, mungkin juga lebih betul daripadanya. Ramai pakar bersetuju DEB memberi manfaat kepada ramai orang Melayu dan Bumiputera di negara ini. Tetapi menurut Anwar, apabila seseorang membandingkan keseluruhan orang Melayiu dan penduduk Bumi, mereka yang mendapat manfaat adalah sebahagian kecil sahaja. Anwar sering memetik bahawa angka kerajaan menunjukkan bahawa 96 peratus rakyat termiskin di negara ini sebenarnya orang Melayu. DEB pula telah wujud sejak tahun 1971 atau selama 40 tahun. Bagaimana Mahathir, seorang doktor gagal untuk memahami perkara ini, ia cuma suatu perkiraan matematik yang mudah.

Hanya satu penjelasan yang mungkin; Mahathir masih memusuhi bekas timbalannya itu, walaupun telah dipecat, dikeluarkan dari parti dan dipenjara selama 6 tahun. Bagaimanakah permusuhan itu sangat teruk? Ada yang mengatakan ia adalah disebabkan perasaan bersalah dipihak Mahathir kerana tuduhan liwat pada tahun 1998. Benar atau tidak, ternyata tidak luntur perasaan benci Mahathir terahadap Anwar malah bertambah kuat tahun demi tahun.

Orang bukan Bumiputra diketepikan

Dalam artikel terbaru beliau di blog chedet, Mahathir berkata bahawa setiap kanak-kanak Melayu dibantu dalam pendidikan dengan buku teks percuma dan makanan percuma. Sekolah-sekolah dibina di kawasan-kawasan terpencil di mana sebelum ini tidak terdapat sekolah-sekolah. Asrama dibina untuk anak-anak Bumiputera yang kebanyakannya orang Melayu dan lain-lain supaya mereka boleh menjalani kehidupan yang lebih baik dan mampu untuk belajar dalam persekitaran yang lebih baik berbanding rumah-rumah mereka di kampung.

Tetapi dengan berbuat demikian, Mahathir juga mengakui bahawa dia telah meminggirkan golongan bukan Bumiputera dalam usaha untuk naikkan taraf hidup Bumiputera di negara ini. Mengapa? Adakah bukan Bumiputera tidak layak menerima bantuan kerajaan? Apa yang berlaku kepada bukan Bumiputera yang miskin yang juga memerlukan bantuan? Dan selama ini, BN dianggap telah cuba membangunkan negara untuk semua rakyat Malaysia, dan bukan untuk kaum Bumiputera sahaja.

Mahathir seterusnya mengatakan bahawa pendidikan pengajian tinggi kini boleh diakses dengan penyediaan jumlah biasiswa yang besar. Hasil daripadanya, banyak anak-anak keluarga miskin atau keluarga yang tidak mampu membayar yuran sekarang sudah memegang ijazah universiti dan menjadi golongan profesional. Sebagai contoh, beliau menyatakan bahawa jika sebelum ini hanya 5% daripada doktor di Malaysia berbangsa Melayu dan Bumiputera, hari ini 40% daripada mereka yang dalam profesion tersebut adalah orang Melayu.

Jika ini benar, adakah DEB memberi manfaat kepada Bumiputera dengan mengenepikan Bukan Bumiputera? Adakah ini hasrat DEB ? Atau ia telah dipergunakan oleh ahli-ahli politik yang tidak jujur? Ini semua persoalan yang seringkali bermain di minda kita tetapi tiada jawapan telah diberikan oleh Mahathir. Dia hanya memberikan jawapan yang tidak lengkap dalam artikel terbaru beliau - sama ada menggunakan ketuanan Melayu sebagai sandaran atau sebagai asas untuk menyerang sasaran kegemaran beliau, seperti Anwar atau Lim dari DAP.

Tidak hairanlah Mahathir yang berusia 85 tahun ini telah kehilangan peminatnya. Kini, beliau hanya mampu membangkitkan minat apabila dia menyokong retorik perkauman kumpulan pelampau Melayu seperti Perkasa. Dengan kecerdasan yang semakin tumpul dan keberanian beliau yang hanya 'hantam kromo' dengan memutarkan suatu peristiwa atau isu tertentu dengan cara beliau yang tersendiri. Beliau kini menjadi penghibur rakyat Malaysia, dan bukannya berperanan sebagai penasihat juga negarawan yang berpengalaman untuk rakyat Malaysia mendapatkan ilham dalam kebuntuan. Kemungkinan besar, dia sendiri yang mencipta kebuntuan itu kata para pengkritik beliau. Inilah yang menarik minat terhadap dirinya- tahap kesinisan beliau.

Angka tidak dapat menipu, Mahathir pula sebaliknya

Satu lagi kenyataan yang dibuat Mahathir untuk membuktikan keberkesanan DEB adalah saham Bumiputera dalam 'aset korporat’. Kata beliau, hari ini lebih daripada sepuluh setengah juta (10500000) orang Melayu dan Bumiputera memegang saham dalam unit amanah ini dengan jumlah pegangan yang bernilai seratus tiga puluh lima billion (135,000,000.000) ringgit. Ini adalah manfaat langsung daripada DEB. Unit amanah ini membentuk peratusan besar kekayaan korporat yang dipegang oleh Bumiputera, katanya.

"Felda juga telah dipelihara sehingga ia telah menjadi syarikat perladangan terbesar di dunia. Peneroka mempunyai pendapatan yang lebih tinggi manakala anak-anak mereka berpendidikan lebih baik. Semua ini adalah disebabkan oleh Dasar Ekonomi Baru. Mikro Kredit dilanjutkan kepada perusahaan desa yang kecil dan ini telah membantu puluhan ribu penduduk kampung Bumiputera, terutamanya wanita untuk bergiat dalam perniagaan.

Kini terdapat beribu-ribu usahawan Bumiputera yang mendapat manfaat daripada pengimportan kereta terpakai dan baru, daripada menjadi ejen-ejen dan vendor untuk projek-projek kereta nasional dan juga dalam perniagaan minyak dan gas sebagai hasil daripada DEB.

Ada diantaranya telah berkembang besar, terdapat juga yang menjadi sangat besar, menjadi pengedar dan pemasang kereta, pemaju perumahan, fabrikasi keluli, pembina bot dan kapal, IT, pengangkutan, pelabuhan dan perkapalan, makanan dan pengeluar kosmetik dan banyak lagi perniagaan lain," tulis Mahathir yang masih ghairah.

Jadi, terima kasih kepada DEB, bumiputera telah berjaya diluar jangkaan mereka.Tetapi mengapa mereka masih tertinggal jauh berbanding bukan Bumiputera yang telah berjuang tanpa bantuan kerajaan?

Dan siapa dapat menjelaskan mengapa bukan Bumiputera yang membentuk hanya 33 peratus daripada penduduk negara ini boleh berjaya memegang 82 peratus ekuiti korporat di Malaysia? Bagaimana pula 67 peratus daripada penduduk Malaysia - orang Melayu dan Bumiputera - hanya memegang 18 peratus ekuiti walaupun selepas 50 tahun tindakan afirmatif? Adakah betul angka ini? Atau adakah terdapat kesilapan besar dalam pengiraan sekali lagi?

Memalukan orang Melayu dan menikam orang bukan Melayu dari belakang

Hakikatnya, walaupun Mahathir mempunyai cita-cita murni untuk orang Melayu, usahanya telah gagal menaikkan taraf hidup kebanyakkan orang Melayu dan Bumiputera di negara ini yang masih lagi ditakuk yang lama dan sukar untuk maju ke hadapan. Manakala sedikit golongan Melayu yang kaya tidak pula memikirkan untuk memajukan bangsa mereka sendiri malah cuba untuk tidak mengalirkan kekayaan mereka kepada majoriti masyarakat Melayu.

Ramai orang Melayu di negara ini benar-benar merasa terhina oleh Mahathir, yang masih terus memberitahu dunia bahawa orang Melayu adalah golongan lemah dan tidak mampu berbuat apa-apa. Kita masih memerlukan tongkat untuk berjalan, kita masih kurang upaya dan memerlukan bantuan kerajaan dalam abad ke 21 ini. Dan yang peliknya golongan bukan Melayu masih diperbodohkan dengan mengundi BN selama ini, walaupun ditikam dari belakang. Jika anda ragu-ragu akan hal ini, tanyalah Ling Liong Sik dan Chan Kong Choy - dua bekas menteri MCA dalam Kabinet BN dan cepatlah berbuat demikian sementara mereka masih bebas.

Mahathir juga memberitahu orang Melayu bahawa orang bukan Melayu di negara ini adalah Supermen kerana mampu mengawal kekayaan dan kuasa di negara ini disebabkan memegang lebih daripada 82% daripada kekayaan negara. Melayu mesti berjaga-jaga, tidak terlalu mesra dengan mereka atau mereka akan dijatuhkan pula nanti.

Bagaimanakah rakyat Malaysia akan bersatu dengan kewujudan penipu-penipu politik seperti ini?
ditulis oleh: Iskandar Dzulkarnain, Wong Choon Mei

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...