23 Mei 2011

Ketua Hakim Negara kritikal, dimasuk ke IJN

Ketua Hakim Negara kritikal, dimasuk ke IJN

KUALA LUMPUR, 23 Mei — Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di sini awal pagi ini dan keadaannya dilaporkan kritikal selepas pengsan di Hospital Putrajaya.

Hakim tertinggi negara itu, yang berusia 65 tahun, dilaporkan mengalami masalah tekanan darah rendah dan komplikasi jantung, demikian menurut laporan Utusan Malaysia.

Zaki (gambar), yang menjadi Ketua Hakim Negara pada Oktober 2008 sebelum ini dijangka akan bersara 12 September ini apabila mencecah usia 66 tahun.

Laporan Bernama pula menyebut Zaki mengadu mengalami sakit dada ketika dalam perjalanan ke pejabat beliau di Putrajaya pagi ini.

Beliau kemudian meminta pengawal peribadinya menghantar beliau ke Hospital Putrajaya untuk pemeriksaan.

Beliau dirujuk ke IJN selepas doktor di Hospital Putrajaya memeriksa beliau.

Seorang pegawai IJN ketika dihubungi mengesahkan Zaki dimasukkan ke institut itu kira-kira 10.30 pagi dan ketika ini menjalani pemeriksaan yang dikendalikan oleh pakar di hospital berkenaan.

Keadaan beliau dilaporkan stabil

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...