23 April 2011

Kastam rampas dadah RM3.37j di LCCT

NILAI - Kastam Cawangan Narkotik Ibu Pejabat menahan dua lelaki tempatan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang Rabu lepas dan merampas dadah dipercayai jenis Eramin 5 seberat 35 kilogram bernilai RM3.37 juta.

Timbalan Pengarah Kastam (Cawangan Narkotik Ibu Pejabat) Liah Omar berkata, kedua-dua lelaki berusia 20-an dan 30-an itu ditahan kira-kira 4.45 petang selepas imbasan pada bagasi mereka menunjukkan imej meragukan.

"Hasil pemeriksaan ke atas dua beg pakaian lelaki pertama, kita berjaya mengesan 12 bungkusan plastik lutsinar yang mengandungi dadah disyaki jenis Eramin 5 seberat 23.4 kg bernilai RM2.25 juta yang disorokkan di ruang khas dalam beg itu,” katanya pada sidang media di pejabat Kastam Cawangan Narkotik Ibu Pejabat, Kampung Jijan dekat sini hari ini.
- Bernama

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...