21 April 2011

FORMULA DAP MENANG : GEN Y DAN GEN X

Sarawak 2011: Penilaian Semula 4
Oleh: MSK

Apa rahsia kemenangan DAP? Apakah benar orang-orang Cina sudah berubah? Apakah orang-orang Iban dan Melayu memang tak mau berubah?

Salah satu sebab mengapa begitu ramai calon mau bertanding di Sarawak, dan salah satu sebab juga mengapa PKR mahu bertanding begitu banyak kerusi adalah kerana mahu mengambil kesempatan diatas perubahan orang-orang Cina dan Iban di Sarawak.
Kalau aku kata orang-orang Iban tidak mahu berubah dan masih mengundi BN, aku bohong. Cuma, mengukut penganalisis politik, tak cukup kuat untuk memenangkan Pakatan Rakyat.
Aku mahu berbeza pendapat disini. Bagi aku, DAP berjaya mengambil kesempatan melalui strategi yang telah dirangka begitu lama. manakala Pas dan PKR masih lagi dengan politik lama.

Dalam satu seminar yang dianjurkan oleh DAP Pulau Pinang sekitar akhir 2009, salah seorang pemikir yang menganggotai think-tank DAP telah mendedahkan strategi DAP bagi menghadapi pilihanraya. Strategi ini telah digunakan dalam PRU 2008 dan diteruskan dalam PRN Sarawak.

Para pemikir DAP telah membuat rumusan bahawa tsunami 2008 berlaku disebabkan perubahan anak muda dan kuasa teknologi dalam kempen.

Aku pernah menulis tentang Jurang Generasi. Bagaimana pemikiran-pemikiran setiap generasi. Generasi GI mungkin sudah hampir pupus. Generasi Boomers sudah semakin mengecil. Generasi X menjadi majoriti manakala Generasi Y semakin bertambah.
GI dan Boomers adalah generasi ketegaq dan nostalgik. Mereka bercakap tentang bagaimana susahnya hidup dizaman Jepun kalau dibandingkan dengan sekarang. Generasi Boomers tidak minat dengan reformasi atau revolusi. Mereka hanya berminat dengan tongkat ali dan kacip fatimah. Tak payah sembang tentang perubahan kepada pengundi saluran satu di kampung atau Felda…buat kering air liur saja.
Yang bersedia berubah ialah Gen X. Gen X adalah Gen rebel. Manakal Gen Y adalah generasi muda yang berpengetahuan.

Reformasi 99 gagal membuahkan hasil yang diharapkan kerana Gen Boomers masih lagi menjadi majoriti dikalangan pengundi, manakala Gen Y masih belum layak mengundi. Walaupun ramai yang tidak puashati dengan apa yang berlaku terhadap Anwar, mereka tetap tidak berubah.

Tahun 2008,Sebahagian kecil Gen Y sudah layak mengundi. Terdapat 7% daripada jumlah pengundi adalah dari Gen Y manakala Gen X menyumbang 38%.

DAP memahami kehendak dan sikap Gen X dan Y. Gen X sentiasa bermasalah dengan Boomers. Manakala Gen Y tidak mahu menganggap sesiapa pun sebagai idola. Mereka tidak peduli sama ada Anwar Ibrahim, Lim Kit siang atau Haji Hadi. Mereka lebih percaya kepada generasi mereka, walaupun mereka tidak kenal. Mereka lebih percaya kepada rakan-rakan dalam Facebook daripada percaya kepada pemimpin politik.

Itu sebabnya, mengapa DAP meletakkan calon-calon dari kalangan Gen X dan Y. Dalam PRU 2008, DAP meletakkan begitu ramai calon muda dibawah 30 tahun, manakala Pas dan PKR meletakkan calon-calon yang kebanyakannya dari kalangan Boomers. Dan pengundi berpuashati dengan prestasi calon-calon dari gen X dan Y berbanding boomers.

Ambil contoh Perak saja. dikalangan ADUN PKR, yang menonjol ialah Lih Kang, Ming Kai dan Kesavan. Dari DAP…Nga Kor Ming, Ong Boon Piow dan Leong Mee Meng. Dalam krisis Perak, mereka lah yang dilihat sebagai hero. Manakala yang tua-tua, hanya Nizar dan Ngeh saja yang menonjol.

Dalam PRN Sarawak 2011, DAP sekali lagi menonjolkan calon-calon muda. Secara hitung panjang, umur calon-calon DAP ialah 39 tahun. Calon yang menumbangkan George Chan baru berumur 28 tahun. Calon Bawang Assan baru berumur 20 tahun!! Berapa umur calon-calon Pas dan PKR?
Cuba tengok komposisi generasi semasa PRN Sarawak 2011.

Terdapat 2230 orang pengundi yang berumur lebih dari 100 tahun. Yang ni toksah dok kalut la. Ini kerja petugas sebelum kempen untuk memastikan mereka masih hidup atau masih mati. Kalau masih hidup, pastikan mereka tak mengundi. Kalau masih mati, pun tak apa…cuma pastikan mereka tak hidup balik.

Generasi GI (67-100 tahun) sudah tinggal 12%. Kalau disemak betul-betul, mungkin separuh daripadanya juga sudah mati. yang tinggal menjadi halangan ialah Generasi Boomers. Dan yang ni banyak tinggal dikawasan pedalaman atau luar bandar. Sama ada dah pencen, ataupun hampir pencen. Yang ni tak minat dengan perubahan. Cuma minat nak tambah bini. Dan bila Taib Mahmud kahwin bini muda, depa salute!!

Generasi tumpuan ialah Gen X dan Y. Majoriti Gen X berumur bawah 50 tahun dan kalau nak dapat undi depa, letak la calon bawah 50 tahun. Gen X adalah Gen rebel. Depa tak suka diarah atau dicucuk hidung terutama dari Gen Boomers. Gen X juga bukan Gen wala’. Depa boleh lompat bila depa nak lompat.
Dan yang terakhir ialah Gen Y. Tahun ini, Gen Y sudah menjangkau purata 14% dari keseluruhan jumlah pengundi dan merekalah yang paling banyak menyumbang kepada perubahan kerana mereka mempunyai pelbagai maklumat. Depa baca semua sumber berita, bukan dari Utusan atau Borneo post saja.

Kalau dicampur Gen X dan Y, ianya sudah menjadi majoriti yang cukup besar dan mampu membawa perubahan. Itulah yang dilakukan oleh DAP dengan meletakkan calon muda, tetapi apa yang dilakukan oleh Pas dan PKR? Kebanyakan calon yang kalah adalah Gen Boomers.

Tapi nak kata apa? Orang politik tak ada umur pencen.
Cukup la cerita pasai Sarawak

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...