01 Mac 2011

REVOLUSI JASMINE merebak ke CHINA


China rancang adakan perhimpunan baru

BEIJING - Penganjur kempen dalam talian mengecam kawalan ketat kerajaan China dalam respons kepada panggilan untuk mengadakan perhimpunan setiap minggu di seluruh negara itu dan mengumumkan protes baru akan diadakan, 6 Mac depan.

Penganjur 'perhimpunan Jasmine' yang tidak dikenali, merujuk kepada 'revolusi Jasmine' di Tunisia yang mencetuskan rusuhan di rantau Arab, menegaskan gerakan itu mendapat sokongan penuh daripada ratusan bandar di China.

Kenyataan baru yang dikirim melalui laman sosial dibuat sehari selepas pihak berkuasa China menggagalkan perhimpunan di Beijing dan Shanghai, kelmarin.

"Gerakan ini telah tersebar ke lebih 100 bandar, melebihi jangkaan awal kami yang hanya disasarkan kepada 27 bandar," menurut kenyataan penganjur.

Protes dalam talian mendesak penduduk China berkumpul untuk mengadakan demonstrasi setiap Ahad di seluruh negara untuk menekankan kemarahan awam kepada kerajaan

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...