05 Mac 2011

PR HARUS CAIRKAN SIMPANAN TETAP BN

oleh: Admin@chemat

PR harus menyediakan jentera yang cukup untuk mengekang BN Sarawak yang kini agak goyah, terutama setelah kalah di Sibu juga angin tsunami 2008 belum membadai negeri Simpanan tetap bagi BN untuk membentuk kerajaan pusat.

Dengan penerangan yang sampai ke akar umbi,pengundi muda dengan isu-isu yang banyak harus digunakan dengan lebih berhati-hati. Isu tanah adat,pemunggahan Harta dan projek kepada kelurga Taib mahmud juga kroni-kroni pemerintah, pemerintahan dinasti Taib Mahmud hampir 30 tahun. Juga Skandal Taib Mahmud agak tidak berani diusik oleh PM najib juga SPRM padahal bukti-bukti penyelewenagan amat jelas yang tidak mampu disorok lagi malah telah gah di peringkat antarabangsa.

Inilah masa yang sesuai untuk PR menggunakan segala jentera dan strategi yang ampuh bagi menggoyangkan BN untuk mencaturkan PRU 13. Untuk makluman 300,000 pengundi Sarawak adalah dari golongan muda yang agak celik maklumat dimana isu kurangnya peluang pekerjaan di Sarawak juga isu kadar gaji yang rendah harus dimainkan dengan sebaik mungkin bagi membuat kejutan dalam keputusan PRN yang akan berlaku bila-bila masa dari sekarang.

di bawah berita Taib Mahmud sudah mula mengetuk gendang untuk perang merebut harta yang tidak pernah cukup:

Taib isytihar 'perang besar' ke atas pembangkang

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mahu parti-parti komponen BN 'melancarkan pertarungan besar-besaran” ke atas pembangkang.

Berucap pada konvensyen BN di Kuching, hari ini, Taib yang begitu berkobar-kobar berkata BN tidak seharusnya lagi menjadi sebegitu defensif dalam menangkis segala tohmahan pembangkang.Dalam menghadapi pilihan raya negeri yang dijangkakan diadakan seawal bulan ini atau bulan depan, Taib mendakwa kerajaan BN Sarawak telah membawa pembangunan pesat dan kekayaan kepada negeri itu, yang kini dianggap antara yang termiskin di Malaysia.

"Siapa berani kata BN tak buat apa-apa untuk negara? Kenapa kita perlu defensif? Kenapa kita harus takut untuk bersuara? Kenapa tidak kita perang besar-besaran ke atas penipu dan pengecut?”

Ketua menteri yang bakal genap menyambut 30 tahun berkuasa di Sarawak pada bulan ini, kemudiannya mengimbas kejayaan BN, - termasuk mendakwa berjaya meningkatkan pendapatan per kapita rakyat negeri itu sebanyak 40 kali ganda sejak mencapai kemerdekaan.Ikrarnya, kerajaan negeri mensasar untuk meningkatkan pendapatan per kapita rakyat Sarawak pada RM28,075 sekarang ini kepada lima kali ganda iaitu - RM100,000 pada 2030.

Bagi Taib, pertarungan BN dengan pembangkang adalah pertaungan politik realiti berlawan dengan politik persepsi.Katanya, hakikat politik yang diamalkan oleh BN berjaya membawa pembangunan kepada rakyat tetapi politik persepsi oleh pembangkang menyebarkan propaganda dan membakar sentimen orang ramai.

Sebelum itu, Taib tiba pada konvensyen BN itu menaiki sebuah Roll Royce, dengan diiringi isternya yang berusia 28 tahun, Ragad Waleed Alkurdi.
Bercakap kepada wartwan selepas merasmikan Konvensyen BN Sarawak yang dihadiri 5,300 anggota dan penyokong parti komponen BN negeri, Taib, yang mencecah usia 75 tahun pada 21 Mei, berkata pilihan raya negeri ke-10 akan diadakan tidak lama lagi namun tidak menyatakan sebarang tarikh.

"Saya tidak tahu. Saya akan beritahu anda (media) nanti."Taib, yang menerajui Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yakin konvensyen itu mampu menjadi platform untuk mengeratkan lagi hubungan anggota empat parti komponen BN negeri, lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya negeri.
Tiga lagi parti komponen BN negeri ialah Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP).

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...