25 Mac 2009

Bukit Selambau bukan lagi kawasan terpencil

Oleh: WADIASSOFI JAAFARSUNGAI PETANI, 17 Mac

– N25 Bukit Selambau bukan kawasan tersohor atau terpencil kerana kawasan berkenaan adalah sebahagian daripada Sungai Petani yang bermula dari Sekolah Menengah Teknik sehingga ke Kelab Cinta Sayang, Semeling, Ambangan Height, Hospital Sultan Abdul Halim dan Sungai Lalang.
Menurut Pegawai Daerah Kuala Muda, Dato' Haji Abdullah Mat Akhir, pecahan pengundi di kawasan tersebut yang menyaksikan daripada keseluruhan 35,140 pengundi, 50.2 peratus adalah pengundi Melayu, India (29.5 peratus) dan Cina (19.3 peratus).“Taraf kehidupan penduduk di sini ialah terdiri daripada golongan intelek dan usahawan yang bekerja di sektor kerajaan dan swasta termasuk golongan petani serta pekerja-pekerja ladang,” jelasnya.
Menurutnya, N25 Bukit Selambau merupakan kawasan industri berat membabitkan kilang kayu dan papan di mana jalan perhubungan darat yang disediakan mampu memberikan keselesaan kepada penduduk di samping aktiviti harian berjalan seperti biasa.
Beliau menjelaskan, N25 Bukit Selambau menjadi tumpuan Kerajaan kerana kawasan berkenaan dikenalpasti sebagai lokasi untuk penanaman nenas dan tanah-tanah industri yang belum dimajukan akan digunakan untuk tujuan itu.“Nenas di situ mempunyai kualiti yang tinggi, hasil daripada kajian Lembaga Nenas Malaysia dan Kerajaan bercadang akan mendirikan sebuah pusat Pembangunan Nenas Peringkat Negeri di Bukit Selambau,” ujarnya.Dato' Haji Abdullah Mat Akhir berkata, penduduk di situ diberi peluang untuk menyertai program penanaman nenas berkenaan di mana keluasan N25 Bukit Selambau ialah 2,500 hektar persegi.
Pusat Daerah Mengundi dalam N25 Bukit Selambau ialah Kuala Sin, Kampung Sungkap Para, Bukit Lembu, Taman Bandar Baru, Pekan Sungai Lalang, Taman Desa Aman, Bandar Laguna Merbok, Tasik Apong, Aye Mendidih, Jalan Badlishah, Taman Peruda, Taman Ria Utara, Taman Ria Jaya, United Petani, Petani Para, Bukit Rusa, Bukit Selambau, Pokok Machang, Batu Belacan, Titi Panjang, Ambangan Height serta Taman Ria Selatan di mana N25 Bukit Selambau mempunyai 64 saluran mengundi di semua pusat daerah mengundi.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...