25 Mac 2009

JANGAN HILANG FOKUS

AKHBAR Kempen Pilihanraya belum bermula. Namun suasananya seumpama sedang berperang tanpa henti. Ini semua gara gara SPR yang akur kehendak tuan. Melambatkan tarikh [pilihanraya. Sememangnya diterima umum SPR umpama sebahagian jentera pilihanraya umNO.Kini umNo sedang bersidang di PWTC. Mereka sedang mengagih gula gula merosakkan bangsa. Pidato berapi rapi untuk menerima tepukan dari buaya yang sedang menganga mengharap habuan dari tuan, biarpun ianya ayam busuk yang dipulas tengkok.
Di Bukit Gantang & Bukit Selambau dibiarkan kepada Polis menguruskan jentera Pilihanraya PR yang diwakili PAS. Tak perlu berdalih lagi, bermula malam pengumuman calon hinggalah seterusnya kita akan lihat penyokong Pr berdepan dengan kesukaran yang dicipta oleh polis..harus diingat jangan dilayan provokasi mereka.
Mereka bukan lawan kita. FOKUS>>> FOKUS!!!!!Keadaan ini akan berterusan hingga pilihanraya. Jentera PR harus diingatkan matlamat pilihanraya ialah menghancurkan saki baki umNO. Bukan lain. Jangan habiskan masa dan tenaga dengan melayan kemuncup di jalanan. umNO akan cuba mencipta sebanyak mungkin musuh dan gangguan sepanjang perjalanan kempen hingga pengundian pilihanraya.
Musuh lain akan kita hadapi seusai pengumuman kemenangan kita InsyaAllah!Hari Penaman Calon adalah tempoh genting pilihanraya. Belang Aziz Pengerusi SPR telah jelas apabila menghalang pilihanraya di dua DUN yang diistiharkan speaker sebelum ditambah oleh ADUN Jelapang. Jangan letakkan walau sebesar Zarah harapan dan kepercayaan kepada SPR. Mereka akan menggunakan apa sahaja ruang menghalang kemenangan PR.
Saya Bersetuju dengan ingatan sahabat Blogger- AlBanjari tentang Konspirasi sewaktu pendaftaran Calon dilakukan. Sehingga kini , hanya itu antara peluang dan talian hayat umNO yang ada untuk menang. Mereka tiada isu selain isu lapok barua cina dan derhaka. Saya yakin isu itu hampir pupus melainkan di beberapa kampung pedalaman.Satu perkara yang jua harus diberi ingatan ialah kepada penceramah jemputan atau juru kempen parti Pakatan Rakyat. Sekarang bukan masa untuk menunjukkan kebolehan berpidato. Ini masa menawan hati pengundi.
HARAMKAN penceramah yang agresif menyerang umNO tanpa fakta kukuh. terutama yang memaki hamun. Harus diingat orang melayu kampung masih tebal sopannya walupun tak sembahyang dan hampir bertelanjang.Pilihanraya ialah masa memujuk dan menerang. Serangan boleh asalkan tepat mengenai sasaran dan jangan menjadi peluru yang memakan diri. Pastikan taklimat khusus diberikan sebelum penceramah DIIZINKAN menaiki pentas. sekarang bukan masa syok sendiri!!! silap sikit kita memerlukan masa untuk menjelaskan semula sedangkan mereka mampu melakukan dalam sesaat melalui setiap pintu rumah yang kadangkala tak mampu kita buka.
PALING PENTING! kita bekerja membuka hati manusia sedang yang berkuasa ke atas hati HANYA ALLAH YANG ESA! Setiap petugas Islam jangan lupa berzikir sepanjang masa. MASIHKAH KITA INGAT PESANAN TOK GURU HJ HUSIN LUBUK TAPAH SEMASA MUNAJAT DI RUMAH RASMI MENTERI BESAR BARU BARU INI??? Doa Nabi YUNUS mesti dibanyakkan ketika kita sedang berusaha melepaskan diri dari penginayaan! InsyaAllah kemenangan milik kita! - anak sengat-

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...