28 Mac 2009

PAS cari pengganti Harakah
Ali Bukhari Amir Mar 27, 09 2:09pm

Tidak mudah patah semangat dan menyerah kalah selepas permit Harakah digantung tiga bulan, kumpulan wartawan organ PAS itu kini berusaha menerbitkan akhbar Hujah bagi mengisi kekosongan tersebut. "Cetakan terbaru itu memuatkan 48 halaman dan beberapa isinya kita akan ubah sedikit (daripada Harakah) mengikut kesesuaian," kata ketua pengarangnya Ahmad Lutfi Othman ketika ditemui Malaysiakini hari ini.
Bagaimanapun, tambah beliau, ada ruangan-ruangan tertentu dikekalkan dengan sedikit perubahan tajuk dan sebagainya. "Mesyuarat semalam memutuskan yang kita akan tetap meneruskan perjuangan dan kita akan beroperasi seperti biasa. "Jumaat depan, Hujah akan berada di pasaran," tambahnya. Ditanya sikap orang ramai terhadap penggantungan Harakah secara mengejut awal minggu ini, Ahmad Lutfi berkata, ada "desakan luar biasa" daripada orang ramai, khususnya peminat setia akhbar itu. "Memang ada desakan pembaca yang meminta agar (PAS) adakan demonstrasi," katanya. Bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, tambahnya lagi, kebebasan akhbar semakin merosot. "Di bawah pemerintahan Dr Mahathir (Mohamad), memang ada sekatan (terhadap Harakah). "Tapi, tak pernah digantung. Di bawah Najib, belum (berkuasa) apa-apa lagi, sudah ada masalah permit yang lebih dahsyat. "Pada zaman Mahathir, saya pernah menang perbicaraan di Mahkamah Tinggi berhubung penerbitan (tabloid) Haraki," kata Ahmad Lutfi.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...