18 Jun 2013

Kejutan, Media Online No.6 ,TMI...Jadi Buruan Wartawan Media Arus Perdana



KUALA LUMPUR: Kakitangan akhbar New Straits Times hari ini terkejut apabila menyedari ramai rakan-rakan mereka meninggalkan akhbar berumur 167 tahun itu untuk menyertai laman The Malaysian Insider (TMI).

Menurut bekas editor kanan akhbar itu, Rocky Bru atau nama sebenarnya Datuk Ahirudin Atan, antara yang mungkin meninggalkan akhbar itu adalah Lionel Morais, editor jenayah kanan akhbar itu.

Enam orang wartawan NST dijangka menyertai Morais untuk memenuhi kelompongan di TMI yang ditinggalkan oleh Leslie Lau dan lebih dua puluh yang lain yang meninggalkan TMI.

"Berita baiknya, sehingga mereka mendapat pengganti Lionel dan pemberitanya, akan berlaku kejatuhan dalam kadar jenayah, sekurang-kurangnya di muka-muka akhbar NST," tulis Rocky (gambar).

Beliau juga mendapat maklumat, beberapa wartawan dari Singapura juga akan menyertai TMI.

Ketua Pegawai Eksekutif TMI, Jahabar Sadiq ketika dihubungi Harakahdaily mengesahkan perkara ini namun tidak menyatakan siapa yang akan menyertai beliau di TMI.

"Kita ambil sebahagiannya...semua orang nak masuk sini sekarang," kata Jahabar kepada Harakahdaily.


Seorang wartawan kanan NST ketika dihubungi mengesahkan mengenai hal ini.

"Terkejut jugalah kami kerana kita tidak tahu apa-apa sebelum ni," kata wartawan berkenaan.

Baru-baru ini, kira-kira 25 wartawan, perekabentuk dan jurugambar TMI dengan diketuai Eksekutif Editornya, Leslie Lau berhenti secara berkumpulan dari TMI.

Mereka akan menyertai satu laman baru yang dibentuk kumpulan The Malay Mail iaitu Malay Mail Online (MMO).

Namun, Jahabar berkata, beliau tidak akan berhenti bahkan akan meneruskan TMI.

TMI kini media online yang ke enam dari segi rankingnya sebagaimana yang dicerap oleh Alexa.com.

Malaysiakini nombor satu diikuti Sinar Harian (2), The Star (3), Harakahdaily (4), Utusan Online (5) dan TMI.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...