20 Jun 2013

Jalan Macalister Sudah Siap Gagal Digunakan Kerana Kerja di Menara Umno Belum Siap


Pekerja dari MPPP Perkhidmatan Bandar telah bekerja sepanjang masa untuk memulihkan keadaan ke Jalan Macalister selepas tragedi itu.  Buletin Mutiara telah mengambil gambar kumpulan 40 pekerja yang telah bekerja keras keras untuk menyiapkan jalan tersebut. Kelihatan dalam gambar adalah Xavier Sebastian (3 dari kiri) yang merupakan Penolong Pengarah Jabatan Perkhidmatan Bandar dengan pekerja-pekerjanya. - Di Jalan Macalister.

Jalan Macalister masih ditutup

Jalan raya di sekitar bangunan Menara Umno yang sebelum ini rosak teruk akibat kejadian runtuhan rod penebat kilat kini telah siap diturap.

 Kerajaan negeri kecewa dengan sikap pengurusan bangunan Menara Umno di Jalan Macalister di sini yang gagal menyiapkan kerja-kerja memperbaiki kerosakan bangunan itu dengan segera.

Ia mengakibatkan laluan di sekitar bangunan itu tidak boleh dibuka untuk kegunaan orang ramai sehingga hari ini.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, sebolehnya laluan itu ingin dibuka kepada orang ramai hari ini namun kegagalan pihak pengurusan bangunan berkenaan menyiapkan kerja-kerja memperbaiki bangunan yang rosak akibat kejadian runtuhan rod penebat kilat Khamis lalu menyebabkan kerajaan negeri tidak berani mengambil risiko untuk membuka laluan berkenaan.

"Saya amat kesal dengan Umno kerana mereka buat kerja pada saat akhir sehingga menyusahkan kepada orang ramai.

"Walaupun kerja-kerja di bahagian bawah telah siap sepenuhnya namun laluan ini tidak boleh dibuka gara-gara disebabkan mereka.Kita tidak mahu tragedi itu berulang lagi dan laluan ini hanya akan dibuka selepas semuanya selesai"katanya kepada media ketika meninjau lokasi berkenaan disini pagi tadi.

Guan Eng berkata, beliau telah berbincang dengan yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Datuk Patahiyah Ismail dan pihak jurutera yang terlibat untuk mengeluarkan notis kepada pihak pengurusan bangunan berkenaan selain meminta penjelasan berkenaan kelewatan kerja-kerja memperbaiki bangunan itu.

Katanya, sekiranya pihak pengurusan bangunan berkenaan gagal memberi alasan yang munasabah, pihak kerjaan negeri tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.

"Semua yang terlibat dengan kerja-kerja memperbaiki kerosakan termasuk Perbadanan Bekalan Air (PBA), Telekom dan agensi-agensi lain boleh menyiapkan segera kerja mereka tetapi mengapa Umno tidak boleh siap?

"Kita tak faham mengapa Umno awal-awal tak nak buat dan sekrang mereka sekali lagi telah susahkan rakyat,"katanya.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian dilokasi berkenaan mendapati kerja-kerja memperbaiki jalan yang rosak akibat kejadian runtuhan Khamis lalu kini telah siap sepenuhnya dan laluan itu boleh digunakan oleh orang ramai pada bila-bila masa sahaja.

Bagaimanapun, laluan berhampiran bangunan berkenaan masih lagi ditutup dengan kon menandakan ia tidak boleh lagi digunakan oleh orang ramai.

Turut kelihatan, kerja-kerja memperbaiki bangunan Menara Umno giat dijalankan oleh beberapa pekerja.

Ketua Pegawai Eksekutif JKP Sdn Bhd,Datuk Adzmi Ariffin ketika dihubungi berkata, kerja-kerja pembersihan sisa konkrit di bangunan itu telahpun disiapkan namun hanya tinggal kerja-kerja mengalihkan gondola dan sekurangnya 1 peratus sisa ‘metal cladding” yang masih berada di atas bangunan dan ia akan disiapkan hari ini.

"Saya akan pastikan kerja-kerja berkenaan akan disiapkan pada petang ini juga dan pada jam 3 petang saya akan membuat pemeriksaan bagi memastikan semuanya dah selesai.

"Sebaik selesai saya akan hubungi Ketua Menteri dan laluan yang masih ditutup akan dapat dibuka semula," katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...