21 Jun 2013

Hot ! Annuar Belasah FAM Lagi, Siapa dibelakang beliau?


Annuar kritik FAM lagi!

Kuala Lumpur: Tan Sri Annuar Musa terus memberi tekanan terhadap pucuk pimpinan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan program latihan Harimau Muda A di Eropah dan siri jelajah skuad negara ke Australia.

Ahli Parlimen Ketereh itu menerusi akaun facebook miliknya, mempersoal langkah badan induk bola sepak negara menghantar skuad kendalian Ong Kim Swee menjalani latihan selama beberapa bulan di Slovakia yang sebelum ini dijelaskan sebagai persediaan mempertahankan pingat emas Sukan SEA Myanmar penghujung tahun ini.


“Selepas pasukan dihantar berlatih jauh di Slovakia, difahamkan seorang demi seorang pegawai melancong ke sana. Berapakah kos ini semua? Sukan SEA (berlangsung) di negara ASEAN (Asia Tenggara) tapi berlatih di Eropah.

“Pegawai dan isteri tidak perlu berulang-alik ke Eropah atas alasan pergi melihat pasukan berlatih,” katanya.




ANNUAR (kiri) dan Datuk Sri Shahidan Kassim, dua individu yang didenda FAM.

Malah Annuar mempersoal cara pemilihan ejen yang mengatur program di Slovakia.


Tan Sri Annuar Musa
Setelah pasukan dihantar berlatih jauh nun di Slovakia,difahamkan seorang demi seorang pegawai Melancong ke sana..Berapakah kos ini semua?SEA game di negara ASEAN tapi berlatih di eropah..Dikhabarkan segalanya di atur seorang ejen YG MEMBUAT "good business" dari program ini..Bagaimana cara ajen ini di pilih?tender?quotation?..dan siapa memilih dan meluluskannya?sumber bayaran nya dari mana?..


kalau KJAAN di harap KJ menyemak nya..Kalau dari wang tajaan liga M ia mendukacitakan ..APAKAH EXCO FAM terlibat dlm semua keputusan ini?Adakah EXCO kenal ejen yg mengatur ini?....SEMUA PASUKAN NEGARA LAIN BERLATIH DLM NEGARA SENDIRI..mereka belanja dana yg terhad..Pegawai & isteri tak perlu berulang alik ke Eropah atas alasan pergi utk tengok pasukan berlatih....wallahuaklam!!

2 ulasan:

Unknown berkata...

itu serupa umno punya trick juga ... pm pergi melawat ke luar negara, berapa ramai ikut ...? satu jumbo-jet pun tak cukup ooooo....!!!.....bapak borek, anak rintik laaaaaa.....!!!

air gunung berkata...

Kah kah kah kah.lagu lama dimainkan hari2 oleh stesen radia pemerintah.benih yg ditanam itulah yg akan tumbuh.dok tanam cara tu dr 80an,so hasilnyer dpt la ranking 150 lebih.kah kah kah.bkn bola jer,aper jenos pentadbiran pon gini ler jadinyer.ape ley wat.terima jer lah.sabor,walau kena main hidup2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...