17 Jun 2013

Hot ! Amaran buat MB dan Exco Kedah ...Adun Pas Nie Sanggup ' Lompat Atas Meja ' ....pasai apa pulak?



TASEK GELUGOR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Kuala Ketil, Cikgu Zuki Mohd Yusuf (gambar bawah) sanggup 'lompat atas meja' pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah sekiranya kerajaan negeri bertindak menjual Kolej Universiti Insaniah (KUIN) pada masa depan.


Menurutnya lagi, KUIN harus menjadi kebanggaan kerajaan negeri tidak kira siapa yang memerintah kerana di situlah hak pendidikan yang harus dijagai sampai bila-bila.

Sekarang ini, timbul kemungkinan kerajaan negeri Kedah yang baru tidak akan mengambil tanggungjawab untuk mempertahankan pendidikan tambahan lagi ianya diasaskan oleh PAS.

"Saya akan jadi Adun pertama menentang penjualan KUIN sebab KUIN amat bermakna bagi kita dan rakyat Kedah terutamanya," tegas beliau.

Semasa Pakatan Rakyat mentadbir Kedah, tumpuan diberikan untuk membangunkan bidang pendidikan sehingga menjadi satu masalah kepada Barisan Nasional (BN).

Beliau yakin BN tidak akan duduk diam sebaliknya tetap menentang semua projek yang dilaksanakan oleh PAS walaupun ianya merupakan hak rakyat.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Padahal KUIN ini pada asalnya adalah projek BN sendiri. Cuma PAS mempercepatkan proses pembinaan kampus tetap.

Bengonglah barang kali BN kalau melepaskan KUIN ke tangan swasta sedangkan KUIN amat diberi perhatian oleh Tuanku Sultan. Malah ketika dinaik taraf dari institut ke kolej universiti, Tuanku Sultan amat berharap agar perkataan 'INSANIAH' dikekalkan di dalam nama Kolej Universiti INSANIAH.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...