28 Oktober 2014

KES LIWAT 2 : KEJUTAN DARI DSAI




Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan jadi peguam bela utama Anwar

PUTRAJAYA 28 OKT: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kejutan dalam rayuan kes di Mahkamah Persekutuan hari ini apabila diwakili bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai peguam bela utama berhadapan dengan pihak pendakwaan yang diketuai Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah.

Anwar berkata ketua pembelaan Datuk Sulaiman Abdulllah tidak sihat ekoran pembedahan kaki dua bulan lepas.

“Gopal menemui pihak kami pada minggu lepas.



“Kita ada bekas Hakim Mahkamah Persekutuan (sebagai peguam utama pembelaan) … Saya bersedia dari segi mental, tetapi tidak mempunyai banyak harapan,” kata Anwar.

Anwar menyebut bahawa pelakon Hollywood Mel Gibson menghubungi untuk bertanya sama ada bintang ‘Lethal Weapon’ itu perlu mengeluarkan kenyataan.

“Dia memberitahu saya, satu perkara yang saya belajar daripada anda (Anwar) ialah jangan masuk politik,” kata Anwar mengenai perbualan singkatnya dengan Gibson.

Sementara itu laungan reformasi terus bergema di perkarangan Istana Kehakiman sebagai sokongan kepada Anwar.


Dianggarkan lebih seribu orang penyokong Pakatan Rakyat hadir termasukan pengamal media dalam dan luar negara bagi mengikuti perbicaraan‎ hari ini.

Anwar tiba pada jam 8.30 pagi bersama isteri dan anak-anaknya turut disambut dengan laungan reformasi‎ bersama Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.

Lima panel hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria‎ yang dibantu Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Abdul Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop.‎

9 ulasan:

Awanama berkata...

allah taala berserta orang yang benar dan orang yang dizalimi.semoga dsai bebas dari tuduhan meliwat saiful.saiful pun satu.udah ud
ah la tu buat naya kat orang.tuhan tak tunggu mati.dia bayar cash.bertaubatlah sebelum ajal menjemput mu.allah hu akbar.

Awanama berkata...

Silap besar la Si Anwar ni pi lantik Gopal Sri Ram jadi peguam utama dia sebab Gopal Sri Ram tak pandai jadi peguam. Gopal Sri Ram ni adalah bekas Hakim yang mengadili kes tapi dia tak pandai berhujah.... tak biasa berhujah dan mungkin tak pernah berhujah pun sebelum ini, hanya mendengar hujah dan buat keputusan.
Tukang sembelih ayam tak tahu camana nak bela ayam, caya la....

Awanama berkata...

Kejutan sebenar Anwar adalah bawak 14 peguam utk bela dia. Kenape takut sangat.
Tak yakin pada ALLAH ke - Orang yang dizalimi doanya dimakbulkan.

Awanama berkata...

Kalau Anwar bersalah meliwat maka dia akan masuk penjara. TAMMAT.

Cap Ayam berkata...

Ooooooooooooo...! Kah kah kah..

pak maun berkata...

Kalau dsai mmg penakut dia dah awal lari dr negara dan mohon suaka. Berani kerana benar. Walau apa pun keputusan mahkamah, itu tidak penting. Yang penting dia berani hadir ke mahkamah. Bukan mcm pemimpin ameno yang bacul

Awanama berkata...


Aku x sokong mane2, tp aku pasti sgt yang hakim2 di mahkamah tu mampu mengadili kes liwat 2 ni. Kita x tgk pun bukti2 yang pendakwa ada dan penafian yang dibuat oleh tertuduh. Cuma Hakim2 ni saja yang boleh menilai bukti dan penafian pihak2 yang terlibat sekaligus memutuskan perkara ni... Kalo mahkamah putuskan N. Pathmanathan bersalah kerana menyebabkan kematian Datuk Susilawat tu kita boleh pecaya, kenapa dalam kes liwat 2 ni kita susah nk pecaya keputusan mahkamah?lg satu GSP (Gopal Sri Ram) tu bkn lawyer sembarangan, byk buku2 yang dia tulis masa jadi hakim dulu menjadi rujukan lawyer2 dalam kes jenayah dan sivil sampai hari ni. aku berpandangan Shafee vs GSP ibarat buku bertemu ruas.

Awanama berkata...

allah maha besar, pencetus kecaruan, pencetus islam tidak di hormat, depan belakang tarok, akan terima kifarah allah. nape tak berani sumpah laknat, cuma berani byk penyokong bodoh sombong je. nape solat hajat dah buat msh ada bala, jelas dah sampai masa pencetus dan perosak bangsa terima balasan dpd kifarah dan pembuatan menzalim diri, dgn bawa byk peguam blh menang ke, kalau dah salah tetap salah sb allah maha besar. hancurkan pengkhianat bangsa dan negara ini. bertopeng manusia tp syaitan laknatullah. dah bosan dgn mainan wayang nya. ya allah , sumbat kan sicelaka ini di tempat sepatutnya.

Awanama berkata...

shafee org berimam dan tak blh di rasuah sb integriti nya tinggi. muga allah beri bantuan laduni pada nya dlm dlm pendakwaan besok. allah maha besar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...