03 Mac 2015

PANAS! BERITA RAPLAH... DARI PEJABAT PKR


CEO Ambank letak jawatan kerana hutang 1MDB, gesa BNM dedah laporan audit

Pada 29 Januari 2015 yang lalu, Ambank Group Berhad (AMMB) mengumumkan secara mengejut perletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif, Ashok Ramamurthy dari jawatannya di kumpulan perbankan itu. Beliau diumumkan akan kembali ke Australia and New Zealand Banking Group (ANZ) iaitu pemegang saham terbesar dalam AMMB.



Saya dibekalkan dengan maklumat dalaman bahawa selain dari Ashok Ramamurthy, dua orang lagi pegawai kanan Ambank juga telah meletakkan jawatan bersama-sama beliau. Berita pertukaran mengejut kepimpinan di Ambank ini berlalu dengan senyap tanpa mendapat perhatian media dan orang ramai.

Walau bagaimana pun, saya dimaklumkan keputusan untuk menukar CEO oleh pengurusan AMMB itu bersabit dengan satu hutang berjumlah RM2 bilion yang diberikan kepada 1MDB bagi projek hartanah Bandar Malaysia yang diusahakan oleh 1MDB.

Saya juga dimaklumkan bahawa isu ini mula timbul apabila laporan audit pematuhan (“compliance audit”) yang dijalankan secara berkala oleh Bank Negara Malaysia terhadap AMMB telah mengenalpasti beberapa pelanggaran (“irregularities”) dalam proses pemberian pinjaman berjumlah RM2 bilion itu oleh AMMB kepada 1MDB.

Sejak beberapa tahun yang lalu, AMMB menguruskan beberapa urusniaga penting melibatkan 1MDB. Selain dari meluluskan hutang RM2 bilion ini, AMMB juga dilaporkan menguruskan penerbitan hutang (“Islamic medium term notes”) berjumlah RM5 bilion.

Saya menghargai ketegasan Bank Negara Malaysia yang menimbulkan beberapa pelanggaran ini di dalam laporan audit pematuhannya; seperti yang dimaklumkan kepada saya. Saya juga lega kerana pemegang saham AMMB nampaknya mengambil tindakan serta-merta selepas risiko hutang 1MDB yang membabitkan AMMB dilaporkan melalui audit pematuhan.

Walau bagaimana pun, ini tidak mencukupi kerana risiko keseluruhan 1MDB kepada sektor perbankan negara belum dilaporkan secara telus.

Oleh yang demikian, saya menyeru supaya Bank Negara Malaysia mendedahkan laporan audit pematuhan (“compliance audit”) ke atas semua bank tempatan yang ada memberi pinjaman kepada 1MDB supaya ahli-ahli Parlimen dan orang ramai dapat menilai sendiri setakat mana keberhutangan 1MDB ini memberi risiko kepada kestabilan sektor perbankan negara.

Saya juga telah menghantar soalan-soalan Parlimen bersabit keputusan audit Bank Negara Malaysia terhadap pinjaman-pinjaman 1MDB kepada Menteri Kewangan bagi sessi Parlimen akan datang. Jika tiada apa yang perlu disembunyikan, saya pasti Menteri Kewangan tiada halangan mendedahkan laporan-laporan audit oleh BNM ini.

BACA LAGI SINI

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

JIKA ANDA INGIN MERASAKAN KEMENANGAN DI DALAM BERMAIN TOGEL TLP AKI DARMO DI NMR (_082-310-142-255_) JIKA INGIN MENGUBAH NASIB KAMI SUDAH 5 X TERBUKTI DAN KAMI SUADH PUNYA USAHA,ATAU BERMINAT MEMBELI TUYUL MENDATANG KAN UANG BANYAK.ATAU KTIK,http//suhacay.bogspot.com

Tanpa Nama berkata...

JIKA ANDA INGIN MERASAKAN KEMENANGAN DI DALAM BERMAIN TOGEL TLP AKI DARMO DI NMR (_082-310-142-255_) JIKA INGIN MENGUBAH NASIB KAMI SUDAH 5 X TERBUKTI DAN KAMI SUADH PUNYA USAHA,ATAU BERMINAT MEMBELI TUYUL MENDATANG KAN UANG BANYAK.ATAU MAU ANGKA TOGEL HASIL RITUAL 100% AKURAT??? SUDAH BANYAK YANG MEMBUKTIKAN KEAKURATANNYA...DIJAMIN TEMBUS... ATAU KLIK DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...