01 Mac 2015

1MDB: Kabinet tolak cadangan Najib suntik RM3 bilion?…Tolong angkat tangan Ahli Kabinet yang berani tolak!

1MDB: Kabinet tolak Najib cadang suntik RM3 bilion?



KUALA LUMPUR: Keputusan Kabinet menolak permohonan cadangan menyuntik RM3 bilion tunai untuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menggambarkan kerajaan sudah hilang kepercayaan kepada Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak.

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad berkata perkembangan ini merupakan satu implikasi politik yang sangat serius terhadap Perdana Menteri itu. Ada yang mendakwa ia semacam undi tidak percaya kepada PM.

“Saya tidak menolak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad termasuk bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin akan terus membuat tekanan terhadap Najib berikutan keputusan ini”.

“Paling serius adalah kepincangan kewangan di dalam 1MDB sudah mula diketahui oleh kabinet Najib,” kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Menurut beliau juga, penolakan cadangan ini menunjukkan suatu yang serius sedang berlaku dalam Kabinet Najib.

“Majoriti menolak untuk tidak mahu meluluskan sebarang bayaran ‘bail out’ kepada 1MDB, ini menunjukkan suatu yang serius berlaku di dalam pentadbiran Najib ini (Kabinet Rabu lalu permohonan diluluskan) ,” katanya lagi.

Dr Dzulkefly turut mengucapkan terima kasih kepada anggota kabinet yang sedar akan kepincangan di dalam 1MDB serta menolak permohonan Najib dalam usaha menjaga kepentingan umum.

Ada sumber dalaman menyebut 1MDB memerlukan suntikan tunai RM3 bilion daripada Kementerian Kewangan (MOF) dan ada yang mendakwa MOF tidak mempunyai banyak pilihan kecuali untuk menyelamatkan 1MDB.

Mengikut sumber pasaran kewangan, kerajaan menerbitkan dua kertas perbendaharaan (treasury bills) pada jumlah yang besar (RM2.1bilion) dalam waktu terdekat (pada 11 dan 12 Februari).

 – HARAKAHDAILY 27/2/2015

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

JIKA ANDA INGIN MERASAKAN KEMENANGAN DI DALAM BERMAIN TOGEL TLP AKI DARMO DI NMR (_082-310-142-255_) JIKA INGIN MENGUBAH NASIB KAMI SUDAH 5 X TERBUKTI DAN KAMI SUADH PUNYA USAHA,ATAU BERMINAT MEMBELI TUYUL MENDATANG KAN UANG BANYAK.ATAU KTIK,http//suhacay.bogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...